berita

Farez Adnan Mengaku Tak Boleh Puasa, Labur RM27,000 Jalani Bariatrik – ‘Setiap Satu Jam Saya Kena Makan’

April 2nd, 2024 | by Amirul Asraf
OB Eksklusif

Penyanyi, Farez Adnan menganggap pelaburan kos sebanyak RM27,000 bagi menjalani pembedahan bariatrik pada awal bulan Februari lalu sebagai keputusan tepat bagi menurunkan berat badannya.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Contohi Orang Lama Yang Amalkan Cara Natural Untuk Jaga Kecantikan’ – Salina Saibi

Turun 17 kilogram

Menerusi temu bual secara eksklusif bersama OhBulan!, Farez berkata, dia tidak berasa malu untuk membuat pengakuan tersebut. Tambahnya, keputusan yang dibuat atas nasihat doktor itu berjaya mengatasi masalah kesihatan yang dilalui olehnya.

Sejak beberapa tahun yang lalu saya berusaha nak kurus. Majikan saya cakap, dia susah nak jual saya sebab badan besar. Saya dah cuba cucuk, bersenam dan telan belon. Semua itu tak jadi. Doktor kata hormon saya tak okay.

Sebab itu saya ambil keputusan untuk nak potong perut. Sebelum saya buat semua pembedahan tersebut, saya pergi umrah dan tanya pendapat emak. Mulanya, emak tak bagi. Tapi semasa di sana, saya dah nampak jawapan yang saya akan buat. Alhamdulillah, mak okay selepas nampak saya sihat dan berjaya melakukan pembedahan tersebut. Dia kata saya kuat.

Sekarang saya dah berjaya turun berat badan sehinga 17 kilogram. Berat saya sebelum buat pembedahan 125 kilogram, sekarang 108 kilogram sahaja.

Disoal mengenai kesan selepas melakukan pembedahan tersebut, Farez mengakui bahawa dia tidak dapat berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini. Ini kerana, dia masih dalam fasa penyembuhan.

Saya mengaku tak boleh puasa. Kalau nampak saya minum air ke saya minta maaf awal-awal. Setiap satu jam saya kena makan. Itupun kuantiti yang sangat sikit. Dari segi mood setakat ini masih okay, cuma saya kerap pening dan muntah. Jadi, saya kena minum air yang banyak. Doktor cakap apa yang saya lalui sekarang adalah normal dalam tempoh tiga bulan ni. Sebab saya potong 80 peratus.

Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Aduh Geli Mama’ ini turut memberitahu dia berasa sangat gembira kerana memiliki berat badan yang ideal serta stamina yang baik. Ujar Farez, dia mahu menceburi bidang lakonan dan peragaan selepas ini.

Sekarang saya rasa lebih konfiden. Dulu nak minta tajaan untuk baju muzik video pun orang tak nak bagi. Mereka kata saya besar. Sekarang Alhamdulillah. Dari segi rezeki pun banyak yang masuk. Saya terima tawaran berlakon dan menjadi model peragaan untuk sebuah jenama.

Di akhir temu bual, Farez memberi pesanan kepada semua individu di luar sana agar mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum melakukan prosedur potong perut sepertinya. Jelasnya, badan setiap manusia tidak sama.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×