berita

Farid Kamil Tak Halang Diana Danielle Berlakon

November 5th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon dan pengarah muda, Farid Kamil bin Dato’ Dr. Zahari, 31 akui sejak dari awal perkenalan dia sudah jatuh hati dan berhasrat untuk meyunting Diana Daniella sebagai suri dalam hidupnya.

“Sebenarnya memang dari awal perkenalan saya sudah terdetik untuk menyunting Diana menjadi isteri saya. Tapi disebabkan ketika itu usianya yang masih muda, jadi kami diberikan masa untuk bercinta dulu.”

“Saya rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerana setelah 3 tahun berkawan, akhirnya dengan majlis yang meriah ini kami sah bergelar suami isteri. Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir terutama ahli keluarga dan pihak media.”

Memandangkan kini Diana Danielle sudah bergelar isteri kepada Farid, jadi timbul juga persoalan adakah selepas ini jejaka tersebut akan mengongkong Diana dan meletakkan sebarang syarat kepada pelakon jelita ini?

Lantas Farid menjawab, “Saya tak letak apa-apa syarat untuk Diana dan tak halang untuk dia terus berlakon. Apa yang penting adalah dia pandai jaga diri dan jaga saya dengan baik.”

“Kalau boleh nak dia tambahkan ilmu pengetahuan dalam soal agama dan berharap dia boleh menjadi seorang ibu mithali,” ujar Farid sambil tersenyum dan memandang isteri tercinta.

Dalam pada itu pelakon dan pengarah muda ini turut menjelaskan mengapa dia dan Diana memilih untuk tidak mendedahkan hubungan mereka kepada umum sepanjang tempoh tiga tahun perkenalan.

“Sebenarnya sepanjang proses perkenalan, kami memang dah memilih untuk tidak mewar-warkan mengenai hubungan kami kepada umum sebab nak simpan detik-detik yang bermakna. Macam sekarang, saya dapat duduk rapat-rapat dengan dia dan ini adalah sangat bermakna buat saya.”

Mengulas lebih lanjut mengenai perwatakan Diana, Farid akui dia amat meminati sifat matang yang dimiliki oleh gadis cantik ini.

“Saya tertarik dengan Diana sebab selama ni saya memang tak pernah ada kawan ‘mat salih.’ Jadi bila berkawan dengan dia saya dapat lihat sesuatu yang berbeza.”

“Walaupun ketika mula berkawan usia dia masih lagi muda tetapi Diana seorang yang berfikiran matang dan saya nampak keinginan dia untuk terus belajar,” komen Farid mengenai perwatakan isterinya.

SKIP THIS AD ×