berita

Fasha Sandha Dedah ‘Followers’ Di IG Bertambah 25 Ribu Lepas Video Intim Dengan Suami Viral

September 16th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Pelakon jelita Fasha Sandha mendedahkan pengikut di Instagram miliknya telah bertambah sebanyak 25,000 selepas video aksi mesra dia dan suami, aktor Aidil Aziz sedang berendam dalam jakuzi menjadi tular, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Hanya Menjalankan Komitmen’ – Fasha Sandha Mohon Maaf Kongsi Video Berendam Dengan Suami Dalam Jakuzi

Bukan berkurang, tapi bertambah

Ketika ditemui OhBulan! Fasha berkata dia terkejut apabila mengetahui perkara tersebut sedangkan sebelum ini ada pihak yang bersuara untuk berhenti mengikutnya di laman sosial berkenaan.

Selepas video itu viral, followers saya bukan berkurang tetapi sebaliknya bertambah sebanyak 25,000. Bila semalam saya check.

Saya pun terkejut bila tengok followers saya bertambah. Orang kata nak unfollow tapi tak pun.

Saya tengok yang follow lebih ramai daripada yang unfollow. Oleh itu saya lebih menghargai yang follow saya itu.

Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Beunita keluaran Inayah Beauty yang berlangsung di Forest Valley, Bandar Mahkota Cheras, pada Sabtu.

Dalam masa sama, Fasha berkata dia bertindak untuk menyimpan atau ‘archive’ video berkenaan kerana mahu mengeluarkan versi penuh pada hari ini.

Saya bukan padam, tapi saya archive video itu kerana akan keluarkan versi penuh pada hari ini.

Sebelum saya archive saya perasan video tersebut mencecah sejuta views dan beribu orang telah save.

Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, dia terbuka dengan sebarang kritikan orang ramai berhubung video intim tersebut.

Ia perkara biasa dilakukan saya dan suami, tapi mungkin lokasinya tak bersesuaian. Kalau ia dibuat di taman bunga, mungkin pandangan orang berbeza pula.

Perkara ini subjektif dan tidak sama pandangan setiap orang. Ada yang fikir positif dan begitu pula sebaliknya. Saya tak boleh kawal apa yang orang mahu perkatakan.

Terdahulu, tindakan Fasha memuat naik video memaparkan aksi mesranya dengan suami, aktor Aidil Aziz sedang berendam dalam jakuzi telah mengundang reaksi kurang senang orang ramai.

Selang beberapa jam selepas itu, aktres berusia 40 tahun itu tampil membuat permohonan maaf di Instagram miliknya.

Dalam permohonan maaf tersebut, Fasha berkata dia terbuka menerima teguran orang ramai dan akui tidak kisah sekiranya ada pihak yang kurang senang dengan tindakannya.

Fasha komited

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Inayah Beauty, Dini Qistina Latifi, pihaknya memohon maaf sekiranya video promosi produk jenamanya telah mengundang rasa kurang senang wargamaya.

Saya minta maaf sekiranya video promosi tersebut ada segelintir pihak yang kurang senang. Apa pun Fasha seorang duta dan pelakon yang sangat hebat. Dia sangat komited dengan kerjayanya termasuk menjayakan promosi produk ini.

Dalam masa sama, Dini berkata pemilihan Fasha yang sentiasa menjaga keharmonian rumah tangga adalah pilihan yang tepat sebagai duta selain personaliti aktres itu yang terserlah kewanitaannya.

Pelancaran berkonsepkan  “Puteri Perak” yang bermaksud resepi asli jamu daripada tiga orang bidan Perak dengan menggunakan 20 bahan premium.

Selain itu, Inayah Beauty yang berasal dari Seri Manjung, Perak juga merupakan salah satu sebab mengapa “Puteri Perak” dijadikan sebagai konsep utama kali ini.

SKIP THIS AD ×