
Pelakon Fasha Sandha, mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama figura kontroversi, Nur Sajat, yang kini menetap di Australia.
Artikel Berkaitan: ‘Sajat Nak Pergi Umrah Itu Hal Dia Dengan Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sajat Dedah Alami Depresi, Tersentak Selepas Ditegur Anak – ‘Selalu Ceria Tiba-Tiba Jadi Pendiam’
‘Tokti sebut nama Sajat on stage’

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, Fasha atau nama lengkapnya Fasha Sandha Hassan, 41, meluahkan rasa terharu apabila berpeluang bertemu dengan Sajat di konsert penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung di Singapura, pada Sabtu.
Alhamdulillah sempat jumpa supermodel Nur Sajat Kamaruzzaman lepas konsert semalam.
Hebatnya Sajat sampai tokti pun sebut on stage nama Sajat yang terbang dari Australia.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini juga menyeru orang ramai agar mendoakan yang terbaik dan kejayaan berterusan buat Sajat atau nama lengkapnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.
Mesti ramai yang rindukan celoteh manja @nursajatkamaruzzaman kan? Jom kita sama-sama doakan agar Sajat sukses walau dimana dia berada dan kerjayanya.
Sementara itu, Fasha turut mengingatkan para pengikutnya agar tidak cepat menghukum orang lain, sebaliknya memilih untuk bersikap terbuka dan saling mendoakan kebaikan.
Kita tidak layak menghukum sebab kita semua ada khilaf masing-masing. Doa yang baik-baik agar hal baik juga akan terjadi untuk kita.
Perkongsian di IG
Sumber: Instagram Fasha Sandha




![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)

