berita

Fasha Sandha Luah Perasaan, Kecewa Dibandingkan Dengan Nora Danish Oleh Peminat

June 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-06-25 at 11.44.08 AM

Bukan mudah nak bergelar seorang selebriti. Setiap tindak-tanduk diperhatikan oleh peminat dan jika ada sedikit kejanggalan, sudah pasti ianya akan dihebohkan.

Itulah yang dialami oleh Fasha Sandha kini. ‘Kegagalan’ dirinya untuk memuat naik foto bersama ibu mertua di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2014) juga menjadi isu sehingga timbul pula spekulasi bahawa hubungan mereka sebenarnya tidak berapa baik.

Lebih teruk lagi, peminat bertindak untuk membandingkan Fasha dengan Nora Danish yang lebih banyak muat naik foto bekas mertua di majlis yang sama.

Screen Shot 2014-06-25 at 11.48.26 AMFoto Nora Danish dan bekas ibu mertua, Puan Sri Raja Noora

“Saya beranganggapan komen-komen seperti itu adalah tidak sihat. Sebagai seorang ibu mengandung, isteri dan juga menantu kepada keluarga suami, saya berhak meluahkan perasaan dan menegur pengikut saya di laman sosial.

Tujuan saya berbuat demikian agar mereka tidak terus melukakan hati atau mengeruhkan lagi perasaan saya ketika ini.Status itu adalah teguran kepada pengikut yang ada kalanya meninggalkan komen yang boleh memberi kesan negatif kepada saya,””

Itulah luahan perasaan Fasha yang mengakui bahawa dirinya sememangnya terluka dengan isu ini. Yelah kan, kadang-kadang peminat secara tidak langsung dilihat suka melaga-lagakan mereka dengan membuat perbandingan sedemikian.

“Soal sama ada saya akrab atau tidak dengan keluarga suami, saya tidak perlu komen. Cuma apa yang boleh dikatakan di sini, saya harap masing-masing faham dengan had masing-masing. Peminat sekarang bijak dan mampu menilainya.”

Mungkin tindakan yang dilakukan oleh Fasha ini sekurang-kurangnya memberi peringatan kepada para peminat supaya tidak lagi mengulangi perkara yang sama kelak.

Sumber: Mstar Online

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×