
Pelakon Fasha Sandha mendedahkan dia menerima mesej ugutan daripada netizen yang mahu ‘unfollow’ gara-gara dia menghadiri majlis resepsi pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman, yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) Johor Bahru pada Sabtu lalu.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Setuju Dengan Nasihat Bapa Amira Othman, Jangan Pisah Tempat Tidur Jika Bergaduh – ‘Saya Pernah Lalui’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo
Hukum hadir majlis kahwin

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Fasha, 41, menekankan hukum menghadiri jemputan kenduri kahwin (walimatulurus) adalah wajib bagi mereka yang dijemput secara khusus.
Kata Fasha, dia percaya Fattah dan bekas isteri, Fazura, yang juga merupakan selebriti dan usahawan, sudah ‘move on’ dan menemui kebahagiaan masing-masing.
Ramai juga komen nak unfollow sebab saya ke majlis kahwin. Menghadiri majlis adalah wajib ya. Kecuali jika uzur.
Rasanya baik Fazura dan Fattah, dua-dua sudah move on dah menemui kebahagiaan masing-masing.
Mungkin ada yang belum move on. Sebaiknya move on dan doakan yang baik-baik untuk semua orang.
Anak-anak pilih hadiah

Tambah pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, dia berasa terharu dengan layanan mesra daripada keluarga Amira yang menerima kehadiran mereka sekeluarga dengan penuh kasih.
Sementara itu, isteri kepada aktor Aidil Aziz turut berkongsi bahawa hadiah yang diberikan kepada Amira dan Fattah adalah hasil pilihan anak-anaknya sendiri.
Pemilik nama Nadia Amira Othman turut mengucapkan terima kasih dan merasa terhutang budi atas hadiah tersebut.
Sumber: Instagram






