Pelakon, Fasha Sandha menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dirinya menjalani sebarang prosedur kecantikan seperti suntikan atau pembedahan bagi mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Artikel Berkaitan: ‘Mental Saya Sudah Kuat Untuk Terima Segala Kecaman & Teguran Netizen’ – Fasha Sandha

Artikel Berkaitan: ‘I Love My Job, Hanya Allah Yang Layak Judge Kami’ – Fasha Sandha Dedah Realiti Penggambaran, Pengorbanan Anak Seni

Kulit

View on Threads

Menerusi komen di Threads, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata kulitnya menjadi lebih cerah bukan kerana menjalani suntikan sebaliknya hasil penggunaan produk penjagaan kulit yang sesuai dan konsisten.

Jujur saya cakap saya tidak pernah melakukan sebarang suntikan atau apa-apa sahaja teknik untuk putihkan satu badan.

Saya hanya pakai produk penjagaan kulit yang betul sahaja.

Dalam hantaran yang sama, Fasha turut berkongsi sekeping gambar sewaktu zaman kanak-kanaknya sebagai bukti bahawa dia sememangnya memiliki kulit yang cerah sejak kecil.

Ni gambar saya masa umur setahun lebih. Hitam untuk awak kan, okay la.

Hitam-hitam pun comel kan? Apa salahnya hitam? Hitam atau gelap lagi okay berbanding putih. Kalau putih cepat kotor kan.

Sumber: Threads