Pelakon, Fathia Latiff tampil meluahkan perasaannya berhubung perubahan penampilan diri selepas segelintir warganet tidak henti-henti membandingkan kecantikannya dahulu dengan sekarang.

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Luah Rasa ‘Down’ – ‘Dapat Rasa Perubahan Pada Wajah, Penampilan Semakin Teruk’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Berhenti Berlakon, Cuma Belum Ada Tawaran’ – Fatiya Latiff

Sedar penampilan berubah

Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Nur Fathia Abdul Latiff, 38, menyedari penampilannya sudah tidak lagi sama seperti dahulu.

Bagaimanapun, pelakon drama Ariana Rose itu menganggap perubahan sebagai sesuatu yang lumrah kerana tiada siapa yang akan kekal sama selamanya.

Saya sedar penampilan saya sudah berubah. Penampilan saya tidak sama seperti dahulu.

Saya baca banyak komen dan penilaian dari orang-orang yang tidak tahu apa yang saya lalui.

Tetapi saya tidak dilahirkan untuk menjadi orang yang sama.

Kita semua berubah dan saya pun tidak terkecuali.

Dalam hantaran yang penuh makna itu, Fathia turut berkata nilai sebenar seseorang tidak terletak pada rupa paras semata-mata.

Menurut Fathia, ia terletak pada kekuatan dalaman dan keupayaan untuk bertahan dalam ujian hidup.

Kecantikan bukan terletak pada wajah yang pernah saya miliki tetapi pada kekuatan dalam diriku.

Cara saya bertahan dan bangkit walaupun dunia cuba menghancurkan saya.

Walaupun saya mungkin tidak lagi cantik di mata mereka, tapi saya tetap Fathia dan itu sudah lebih daripada cukup.

Sumber: Threads