Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang individu di Threads menarik perhatian warganet apabila anak kepada pelakon Fazura, iaitu Nur Fatima Aisya, sekali lagi berjaya mendapatkan beg tangan mewah Hermes Kelly.

Artikel Berkaitan: ‘Fatima Bukan Objek, Dia Anak Saya!’ – Fazura

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Sampai Tahap Ini Mummy Dapat Besarkan Fatima’ – Fazura Titip Ucapan Buat Anak Usia 15 Tahun Nanti

Pembelian kali kedua

Menerusi satu perkongsian video di Threads, individu berkenaan menyifatkan beg tangan tersebut bukan sekadar satu pembelian biasa.

Sebaliknya diperoleh melalui usaha dan bukan sesuatu yang mudah dimiliki oleh semua orang.

Nur Fatima Aisya baru sahaja berjaya mendapatkan beg Hermès Kelly keduanya terus dari butik.

Yang tahu, sahaja tahu.

Ini bukan sekadar pembelian biasa, ini adalah akses yang diperoleh dengan usaha.

Tambahnya lagi, tidak semua orang berpeluang masuk dan keluar dengan sebuah beg tangan jenis Kelly, lebih-lebih lagi untuk kali kedua.

Bukan semua orang boleh masuk dan keluar dengan sebuah Kelly.

Apatah lagi dua kali.

Sumber: Threads