
Pelakon Fatin Afeefa mendedahkan dirinya memilih untuk tidak mengetahui kata laluan telefon pintar suami, Aliff Awang.
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman Sara Hidup Tanpa Nafkah Daripada Bekas Suami – ‘Catu Makanan Kongsi Bertiga’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Kongsi Pengalaman ‘Maid’ Bermasalah – ‘Dia Pakai Crop Top & Skirt Saya, Menari Lucah’
Kata laluan telefon suami
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu dilihat bertanyakan kepada golongan isteri mengenai soal privasi suami.
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Fatin yang memaklumkan dirinya enggan menambah masalah dengan memeriksa telefon pintar milik suami.
Tambah pelakon filem Tentang Bulan itu, dia meletakkan keyakinan dan menyerahkan segalanya pada tuhan untuk menentukan arah tuju rumah tangganya.
Saya tak tahu password dia. Kalau telefon dia unlock, saya tolong lock kan. Saya dah banyak masalah, tak perlu nak tambah lagi.
Tenang bukan sebab kita tahu semua, tapi sebab kita tahu Allah nampak segalanya.
Yang kita tak nampak hari ini, tak bermakna tidak akan terbuka nanti. Allah akan tunjuk tanpa dicari.
Selain itu, Fatin atau nama lengkapnya Fatin Nur Afifah Shamsudin sempat menitipkan pesanan agar golongan isteri tidak terlalu memikirkan hal yang dapat menganggu fikiran sehingga memberi kesan dalam rumah tangga.
Sementara itu, kita gembira gembira saja. Stres punca segala penyakit tau.
Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Aliff Awang atau Opai pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Threads @fatinafeefa








![[VIDEO] Khairul Aming Bagi ‘Tips’ Kurus, Mohon Jangan Stres ‘Cut’ Makan – ‘Ambil Yang Kita Boleh Konsisten’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/KA-25.jpg)