Selebriti media sosial, Fatin Afeefa akui tidak tahu menahu mengenai tindakan suaminya, Aliff Awang yang menjadikan virus ‘monkeypox’ sebagai jenaka dalam sebuah video yang dikongsikan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Awang Dikecam Gara-Gara ‘Prank’ Dijangkiti Virus Monkeypox, Netizen Minta Guna Otak
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Umum Berhenti Berlakon & Menyanyi, Hormat Permintaan Suami – ‘To Be A Better Muslim’
Tak masuk campur
Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, 30, berkata, dia tidak mahu masuk campur berhubung isu tersebut meskipun sedar telah menggangu sensitiviti segelintir pihak.
Saya pun tak tahu kenapa dia buat lawak fasal monkeypox, yang pasti itu bukan urusan saya.
Tindakan dia tiada kena mengena dengan saya.
Fatin memaklumkan mengenai perkara itu menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, pelakon filem Tentang Bulan ini berkata, dia tidak mampu mengawal cakap nakal netizen yang dilemparkan kepada suaminya.
Saya tidak boleh kawal apa orang luar mahu kata.
Terdahulu, Aliff atau mesra di sapa Opai dikecam netizen susulan tindakannya menjadikan virus monkeypox sebagai bahan jenaka.
Dalam video yang dimuat naik, Opai dilihat mengenakan pelitup mulut dan memberitahu dia telah dijangkiti virus berbahaya itu.
Bagaimanapun, pengakuan yang dibuat Opai hanyalah sekadar ‘prank’.