Umumnya mengetahui, penyanyi dan pelakon cantik Fatin Afeefa sudah bercerai dengan suaminya Adam Shah, pada tahun 2017. Penceraian itu berlaku setelah empat tahun mereka berumah tangga. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ivy Herra.
Artikel Berkaitan: ‘Biar Polis Buat Kerja’ – Fatin Afeefa Jawab Dakwaan Rumah Diserbu Kerana Berkhalwat
Artikel Berkaitan: ‘Kau Tak Bagi Nafkah, Tak Malu Pulak’ – Adam Shahz, Bekas Isteri ‘Perang’ Di Twitter?
Terbaru, menerusi Instastory yang dimuat naik oleh Fatin Afeefa di laman Instagramnya, dia terkejut apabila anaknya mendakwa bekas suaminya tinggal di dalam bilik yang sama bersama teman wanita. Perkara tersebut telah diceritakan oleh anaknya menerusi satu panggilan video yang dibuat.
Perbualan bersama anak
Foto: Gempak
Memetik laporan Gempak, anaknya menceritakan dia tidur bersama bapanya, aunty Candy dan abang Danial dalam satu panggilan yang dibuat Fatin. Jawapan anaknya ketika itu membuat dia tergamam.
In the same room is it? Yaa (jawab anaknya)
Foto: Gempak
Susulan daripada itu, Fatin kelihatan berang dengan tindakan bekas suaminya itu. Menerusi beberapa perkongsian yang dimuat naik di Instastory, dia meluahkan rasa kecewa kerana sering ‘dipandang serong’ oleh sesetengah masyarakat dan menyatakan dia sama sekali tidak pernah melibatkan anaknya dalam perhubungannya.
Jangan sesekali dekati anak aku lagi!
Perbualan bersama bekas suami
Foto: Gempak
Menerusi tangkap layar Whatsapp tersebut, Fatin bertanyakan kepada bekas suaminya mengenai statusnya bersama perempuan tersebut. Namun, bekas suaminya dilihat seolah-olah menafikan dia telah berkahwin dengan perempuan tersebut..
Foto: Gempak
Terkini, segala posting tersebut sudahpun dipadam olehnya, dan dia meminta maaf atas tindakannya. Jelasnya, jika isu ini melibatkan anak-anak dia tidak sanggup untuk memendam secara seorang diri.
Walaupon Instastory tersebut telah dipadam olehnya, itu tidak bermaksud dia setuju dengan apa yang telah dilakukan oleh bekas suaminya.
Sumber: Fatin Afeefa & Gempak