Kehadiran perunding perkahwinan terkenal di majlis sambutan rumah terbuka pelakon, Fattah Amin yang berlangsung pada Ahad mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Ditegur Berisi, Amira Othman Tampil ‘Backup’ – ‘Dia Main Gym, Jangan Cakap Nanti Dia Tak Mahu Makan Langsung’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Capai 1 Juta Pengikut TikTok, Amira Othman Doa ‘Teruslah Jadi Orang Baik’

Jawab spekulasi bakal ada berita gembira

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin menjelaskan bahawa kehadiran perunding perkahwinan tersebut tidak membawa sebarang maksud tersirat, sebaliknya hadir atas kapasiti sebagai kenalan lama yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

Mereka adalah kenalan lama saya dan pengurus. Jadi sempena sambutan rumah terbuka ini saya jemput klien yang pernah atau sedang saya bekerjasama untuk hadir.

Saya juga ada mengajak kenalan dan peminat untuk memeriahkan acara ini.

Fattah berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka anjurannya yang diadakan di Ruang Rama Petaling Jaya, pada Ahad.

Hubungan baik antara keluarga

@ohbulanofficial Kehadiran perunding perkahwinan terkenal di majlis sambutan rumah terbuka pelakon, Fattah Amin yang berlangsung pada Ahad mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen ?? #ohbulan #fyp #news #fattahamin #bukamulut #teemor #hadir #openhouse ? original sound – OHBULAN!

Mengulas lanjut mengenai dakwaan bakal kembali bergelar suami, Fattah memilih untuk tidak memberikan sebarang komen dan hanya berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Kalau ada apa-apa nanti saya beritahu rakan media.

Mengulas tentang hubungannya dengan Amira Othman, Fattah mengakui hubungan antara keluarganya dan keluarga penyanyi semakin akrab selepas beberapa kali bertemu.

Selepas beberapa majlis, keluarga kami sudah saling mengenali. Saya pun dah kenal keluarga Amira, begitu juga dengan dia.

Rasanya tak salah sebab dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara dua keluarga.

Difahamkan, spekulasi mengenai kehadiran perunding perkahwinan itu tercetus selepas pemilik Rekateemor memuat naik foto bersama Amira dengan kapsyen ‘vibing to the next step’, sekali gus mencetuskan tanda tanya tentang berita gembira yang bakal dikongsikan.