
Pelakon kacak Fattah Amin kini berada di Hong Kong Disneyland Resort bersama puteri tercinta iaitu Nur Fatima Aisya dan dua orang sepupu yang ikut bersama. (edited)
Artikel Berkaitan: Fattah Amin Kotakan Janji, Fatima Teruja Pergi Disneyland – ‘Cipta Kenangan Bersama Ayah Saya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Fazura Kemas Beg Fatima Sebelum Bercuti Ke Disneyland – ‘Dia Banyak Pendam Perasaan’
Disneyland bersama Fatima Aisya
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkongsi beberapa foto bersama Fatima sedang bergembira di Disneyland, Jepun.
Dalam pada itu, Fattah meluahkan rasa gembira dapat memenuhi permintaan Fatima Aisya untuk ke Disneyland.
Lawatan Disneyland bersama yang tersayang.
Tumpang gembira
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan Fattah dan anaknya, Fatima yang akrab. Selain itu, warganet turut memuji pelakon berusia 34 tahun itu kerana menjadi ayah yang baik.
Imbas kembali, sekitar Jun lalu Fatima menyatakan hasrat kepada bapanya untuk bercuti di Disneyland Tokyo.
Sekadar info, Fattah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Fazura pada 27 November 2017 namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima yang kini berusia 5 tahun.