Pelakon Fattah Amin meraih perhatian menerusi lakonannya dalam drama bersiri Andai Masih Ada Maaf apabila menerima pujian daripada penonton.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Titip Ucapan Romantis Sempena Hari Lahir Isteri – ‘Pen Merah Pen Biru, Hidup I Best Bila Ada You’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Gembira Lihat Anak-Anak Makin Erat – ‘Setiap Kali Fatima Datang, Saya Nampak Bonding Dia & Jarir’

Lakonan makin baik

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu tampil mempertahankan aktor berusia 36 tahun itu yang sebelum ini sering menjadi sasaran kritikan segelintir pihak apabila dilabel pelakon kayu.

Menurut individu tersebut, Fattah mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan kualiti lakonannya juga dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Fattah Amin bagi saya, dari dulu berlakon apa pun memang best.

Yang kata dia berlakon kayu, lakonan teruk apa semua itu, rasanya bukan semata-mata sebab lakonan dia pun. Ada sebab lain kot.

Malah, individu tersebut turut mempersoalkan dakwaan Fattah tidak berbakat memandangkan pelakon itu pernah meraih beberapa anugerah sepanjang penglibatannya dalam industri seni.

Kalau betul tak berbakat, tidak akan boleh menang banyak anugerah kan?

Bukan sekali dua tau. Lakonan dia pun nampak makin baik dari masa ke masa. Sekarang tengah drama Andai Masih Ada Maaf, best sangat.

Pujian netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut selain ramai yang bersetuju dengan pandangan individu berkenaan.

Sumber: Threads