Minggu ini, industri hiburan tanah air kecoh dengan berita Fattzura yang dilaporkan telah bertunang dan bakal dinikahkan di umrah. Sejauh mana kesahihan maklumat ini tidak diketahui, kerana tuan punya badan masih belum mengesahkannya. Walau bagaimanapun, pasangan itu berjanji untuk menjawab segala persoalan dalam suatu sidang media khas yang bakal diadakan pada 23 November ini. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja.
Malah, bekas kekasih Fattah turut merestui perhubungan itu jika benar apa dilaporkan media. Sherry Ibrahim, ketika dihubungi Harian Metro, berkata beliau tumpang gembira dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk pelakon tersebut.
‘Saya doakan mereka bahagia’
Kalau betul Fattah dan Fazura sudah berkahwin atau bertunang, baguslah. Fattah kini menuju ke arah lebih baik.
Terserlah keceriaan pada wajah kedua-duanya apabila sama-sama mengerjakan Umrah dengan keluarga masing-masing.
Saya doakan semoga apa yang dirancang berjalan lancar dan mereka bahagia.
Disoal jika ada sesiapa yang bertanyakan dirinya mengenai status perhubungan Fattah dan Fazura, duta produk Deeja Cosmetic itu meluahkan rasa lega apabila tiada pihak merujuk dirinya mengenai hal itu sambil mengakui hanya mendengar perkhabaran mereka telah bertunang.
Memang tiada siapa yang menghubungi atau menghantar mesej bertanyakan mengenai kesahihan cerita yang tersebar kecuali ada yang beritahu mereka sudah bertunang.
Malah, Sherry turut akui lega apabila beliau tidak dibandingkan dengan mana-mana wanita selepasnya.
Lega tidak dibandingkan
…saya lega apabila tiada pihak membandingkan saya dengan mana-mana wanita yang dikaitkan dengannya selepas saya.
Saya tiada masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Jika ada yang bertanya, saya anggap ia hanya sekadar pendapat dan saya mendoakan yang terbaik buatnya.
Bagus Sherry ni, tiada perasaan dendam. Yang dah lepas tu, biarkan berlalu.
Sumber: Harian Metro