

Penyanyi berpengalaman, Fauziah Latiff memaklumkan belum terbuka hati untuk mencari pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: Fauziah Latiff Akui Cerewet Pilih Lagu, Belum Sedia Kembali Aktif – ‘Pada Tahap Sekarang, Saya Perlu Berhati-Hati Memilih’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cover’ Lagu Teratai Layu Di Tasik Madu, Adik Cilik Dapat Pujian Fauziah Latiff – ‘Wonderful Singing, Iman’
Jaga ibu

Ketika ditemui OhBulan!, Fauziah atau nama lengkapnya Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff berkata, dia kini memfokuskan diri kepada ibunya yang sudah berusia.
Alhamdulillah saya selesa dengan keadaan sekarang sebab kalau nak fikir mengenai perkara itu, diri sendiri pun tak terjaga. Apatah lagi kalau nak menjaga orang pula.
Sekarang ini saya gembira Alhamdulillah. Saya menjaga mak sekarang, itu tanggungjawab sebagai anak kerana dia juga nyawa saya.
Ini adalah giliran saya untuk menjaga mak. Kalau nak fikir perkara lain, nanti dulu. Saya rasa belum masanya lagi.
Justeru, penyanyi berusia 55 tahun tersebut memilih untuk tidak terlalu memikirkan perihal jodoh malah mahu memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik.
Untuk masa sekarang, saya percaya masih banyak perlu perbaiki termasuk mengenali diri dan persekitaraan. Jadi, sebab sekarang sudah akhir zaman.
Apa-apa yang boleh buat saya untuk terus positif dan tenang, saya akan memilih itu. Macam sekarang ini, saya banyak menjaga mak kerana dia adalah nyawa saya, maksudnya dia segala-galanya.
Saya bersyukur dengan perkara itu, malah boleh katakan sebagai penyelamat.
Fauziah berkata demikian ketika ditemui seusai Konsert JessC X Fauziah Latiff yang berlangsung di Arena of Star Genting Highland pada Selasa.
Untuk diri sendiri

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Enggan itu turut memohon doa agar dirinya sentiasa dihindari oleh perkara-perkara negatif.
Kita tak tahu usia ini sampai bila, jadi ia jadi peringatan kepada diri untuk lebih menghargai. Jadi, kita perlu terus menghargai diri sendiri dan saya juga minta untuk doa baik-baik kerana apa sahaja boleh berlaku.
Anak muda sekarang pun ramai yang sudah mengalami banyak masalah kerana tak boleh sesuaikan diri dengan keadaan semasa. Saya fikir perlu kuatkan psikologi sendiri dan jadikan apa yang berlaku di sekeliling sebagai peringatan.
Kita memang ada masa buat kesilapan, tapi dengan itu kita boleh tahu apa yang perlu dielak pada masa akan datang.
Untuk info, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga bersama Syed Budriz Putra Syed Amir Zainal Abidin Jamalullail pada 1992, namun, bercerai selepas tiga tahun.
Selepas lima tahun, Fauziah kemudian berkahwin buat kali kedua dengan ahli perniagaan, Johan Indot di London namun mereka turut memilih jalan perpisahan pada 2007.
Hasil perkahwinan keduanya, Fauziah dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Jeffri Joaquim 26 tahun dan Jeremy Jay, 24 tahun.








