berita

Fauziah Nawi Syukur Terima Tajaan Umrah Daripada Yayasan Milik Siti Nurhaliza – ‘Tapi Saya Menolak Dengan Rendah Diri’

April 20th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Siti Nurhaliza

Pelakon Datuk Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur apabila menerima tajaan untuk mengerjakan Umrah oleh Yayasan Nurjiwa iaitu sebuah yayasan milik penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Artikel Berkaitan: Konsert ‘Siti Nurhaliza Cinta Di Awan’ Bakal Berlangsung Ogos Ini Di Genting Higlands!

Artikel Berkaitan: Fauziah Nawi Hanya Dedah Kebenaran, Simpan Rahsia Identiti Penyampai Radio Dapat Gaji Tinggi – ‘Tak Mengapa Tak Nak Percaya’

Tolak tajaan Umrah

Siti Nurhaliza

Menerusi hantaran di Facebook, Fauziah berkongsi mesej yang diterima daripada wakil Yayasan Nurjiwa bagi memaklumkan mengenai tajaan mengerjakan Umrah yang dijadualkan pada 27 April hingga 6 Mei ini.

Assalamualaikum Datuk Fauziah Nawi, saya Siti Fairuz Ibrahim assistant Datuk Seri Siti Nurhaliza. Saya ingin maklumkan bahawa pihak Yayasan Nurjiwa iaitu yayasan milik Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid berbesar hati ingin menaja Datuk Fauziah Nawi untuk turut serta mengerjakan umrah pada 27 April hingga 6 Mei ini untuk Datuk seorang.

Maklumat: 27 April, balik 6 Mei. Tiada masalah pasport. Tiada sekatan ke luar negara. Pasport tidak expired 6 bulan ke depan. Mana yang tiada pasport dapat siap esok pun okay.

Bagaimanapun Fauziah berkata, dia terpaksa menolak tawaran tersebut disebabkan ada perkara yang tidak dapat dielakkan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak Yayasan Nurjiwa.

Syukur sangat dan amat terharu akan mesej ini tapi saya telah menolak dengan rendah diri kerana saya sudah ada perjanjian tugas yang telah saya persetujui.

Moga Allah merahmati dan melipatgandakan rezeki Datuk Seri Siti suami isteri dan sekeluarga.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×