
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob dilihat tampil memberikan respon berkenaan isu seorang pencipta kandungan yang dikritik kerana berkongsi teknik cepat dan mudah dalam menyediakan juadah makanan.
Artikel Berkaitan: Norreen Iman Gusar Jemaah Umrah Terkandas, Luah Hasrat Ingin Hulurkan Bantuan
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Tukar Skin Tone Bila Pakai Foundation, Letak Blusher Macam Kena Penampar’ – Fazley Yaakob
Fazley Yaakob pesan jangan mudah menilai
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Fazley meminta orang ramai supaya berlapang dada dan memberi peluang kepada pencipta kandungan untuk terus berkarya tanpa tekanan.
Bagilah peluang kepada mereka yang dah selalu buat content resepi tu bernafas.
Tak ada masalah besar pun kalau ada cara dan resipi yang tak menepati teknik profesional. Selama ni ramai yang sokong, kenapa perlu pilih kasih sekarang.
Dalam masa sama, Fazley turut mempertahankan para pencipta kandungan dengan menekankan bahawa niat mereka adalah untuk berkongsi ilmu dan memudahkan penyediaan makanan.
Mereka buat resepi supaya orang-orang yang nak belajar mudah faham.
Kita tak perlu nak nilai dan jadi juri ala MasterChef pun.
Enjoy the videos sudah, kalau tak suka tak payah tengok banyak kali semata-mata nak cari salah.
Terdahulu, personaliti media sosial Che Sayang Kitchen menerima kritikan di laman X selepas berkongsi resepi Cottage Pie.
Tinjauan OhBulan! mendapati rata-rata warganet menyokong cara penyediaan juadah itu oleh Che Sayang Kitchen, selain turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Sumber: Threads