berita

Fazley Yaakob Nasihat Usahawan Muda Jangan Takut Ambil Risiko – ‘Ukur Baju Di Badan Sendiri’

April 5th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Penyanyi dah ahli perniagaan iaitu Datuk Fazley Yaakob menitipkan nasihat kepada usahawan muda agar berani mengambil risiko sekiranya mahu berjaya dalam sesuatu perniagaan.

‘Jangan takut untuk mengambil risiko’

Ketika ditemui OhBulan, Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob akui setiap perniagaan mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh itu, individu yang benar-benar mahu melibatkan diri dalam dunia perniagaan seharusnya memiliki ilmu dan faham akan selok-belok perniagaan.

Kalau kita nak berniaga, kita kena faham. Bak kata pepatah kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Konsep perniagaan pun sama. Kalau kita nak dapat untung yang besar, kita perlu ada modal yang setanding dengan impian kita.

Apa-apa pun kita kena ukur baju di badan sendiri. Jangan takut untuk mengambil risiko. Perniagaan mana yang tidak ada risiko. Perniagaan ini mudah. Lagi kita usaha dan rajin serta bangkit dari kegagalan, dari situ ada punca kejayaan yang sedang menunggu.

Bercerita mengenai perkembangan terbaharunya, Fazley berkata dia kini sibuk menguruskan restoran miliknya iaitu Suka Sucre selain mempunyai beberapa projek lain.

Fazley memberitahu dia kini bekerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia dengan menghasilkan koleksi wangian berasaskan bau-bauan pastri pertama di Malaysia.

Saya terinspirasi oleh aroma pastri lembut dan manis, serta sentuhan bunga segar dan rempah harum yang sering digunakan dalam pastri berkualiti.

Antara aroma Pâtissier Pure Parfum yang dihasilkan termasuklah Parisian Macarons, Lemon Meringue Pie dan Vanilla Cream Puff.

SKIP THIS AD ×