Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa sebak apabila dihadiahkan seekor anak kucing oleh anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah.

Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Sokong Keputusan Bekas Isteri, Anggap Hijab Adalah Pilihan Peribadi – ‘Sebenarnya Azrene Memang Begitu’

Anak kucing oren

Menerusi hantaran di Instagram, Fazley, 47, berkata anaknya menghadiahkan haiwan comel itu selepas melihat dirinya melalui fasa sukar sejak kebelakangan ini.

Saya sebak sangat, anak kedua saya iaitu Piyash (Fieradz) hadiahkan saya anak kucing oyen (oren).

Dia cakap Dida (panggilan Fazley) tengah down dan stres. Jadi dia nak usahakan sesuatu untuk gembirakan saya.

Mengakui terharu dengan pemberian tersebut, Fazley berkata dia menamakan anak kucing itu Monsieur Batman L’Orange.

Terima kasih Piyash. Saya sangat terharu. Nama kucing oyen ini adalah Monsieur Batman L’Orange.

Fazley turut berkongsi beberapa foto dan video anak kucing tersebut, sekali gus mengundang pelbagai reaksi positif warganet yang memuji keprihatinan dan kasih sayang Fieradz terhadap bapanya.

Sumber: Instagram