Cef selebriti dan penyanyi, Dato’ Fazley Yaakob tampil memberikan kenyataan berhubung penampilan bekas isterinya, Azrene yang kini tidak lagi mengenakan hijab.

‘Bertudung pilihan masing-masing’

Ketika ditemui OhBulan!, Fazley atau nama lengkapnya Dato’ Ahmad Fadzli Yaakob, 47, berpendapat bahawa pemakaian tudung adalah hak individu dan tidak wajar dijadikan ukuran untuk menilai seseorang.

Bertudung itu adalah pilihan masing-masing. Saya tetap akan menyokong apa yang Azreen buat dan saya akan sentiasa berada di sebelah dia.

Fazley berkata demikian ketika ditemui di majlis pengenalan menu ‘Flavour Kahwin’ bersama Sushi Plus yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Asmara ini juga mengakui bahawa keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia sudah mengenali sikap Azrene atau nama lengkapnya Azrene Soraya Abdul Aziz sejak mereka mendirikan rumah tangga lagi.

Bila dia buat keputusan untuk buka tudung itu adalah sesuatu yang baru orang nampak.

Sebenarnya Azreen memang begitu dari kami berkahwin lagi, jadi kita tak boleh menilai baik dan buruk seseorang itu daripada penampilan.

Sementara itu, Fazley menegaskan bahawa dia tetap akan mempertahankan dan berada di sisi bekas isterinya walau apa jua keadaan.

Saya akan tetap melindungi Azreen sampai ke hujung hayat saya.

Terdahulu, kemunculan Azreen tanpa hijab dalam satu sesi temu bual bersama sebuah portal gaya hidup telah menarik perhatian ramai.

Pada Oktober tahun lalu, Fazley mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia dan Azrene sudah beberapa bulan bercerai dan bekas isterinya juga sudah selesai menjalani tempoh idah.

Untuk rekod fazley dan Azrene mendirikan rumah tangga pada 2006.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 16, Ahmad Fieradz Shah, 15, Ahmad Fierudz Shah, 14, serta Alayna Selma, 8 tahun.