
Penyanyi dan cef selebriti, Fazley Yaakob, berkongsi pandangannya mengenai sikap segelintir individu di media sosial yang gemar menjatuhkan orang lain demi perhatian.
Artikel Berkaitan: Fazley Yaakob Nasihat Jangan Buka Aib Pasangan Di Media Sosial – ‘Manusia Memaafkan Tapi Apa Yang Ada Di Internet Kekal’
Artikel Berkaitan: ‘Bercinta Memang Indah, Tapi Realitinya Kelat Macam Makan Jering’ – Fazley Yaakob
Fazley Yaakob nasihat
Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Fazley berpendapat bahawa karakter sebenar seseorang sebenarnya boleh dilihat melalui cara mereka menulis dan berkongsi pandangan di platform digital.
Menurutnya, individu yang cenderung menjatuhkan orang lain biasanya mempunyai ketidakpuasan dalam diri serta terlalu dahagakan perhatian dan pengiktirafan daripada orang ramai.
Actually kita boleh nampak perangai sebenar seseorang dari cara mereka upload kata-kata dalam media sosial.
Kalau dia jenis suka menjatuhkan orang lain, jiwa dia kosong dan sangat perlukan perhatian serta ‘approval’ dalam masyarakat.
Lagi banyak dia dapat reaksi, makin dia rasa dirinya hebat. Dia anggap dirinya seperti api yang perlukan gas untuk terus menyala.
Tambah Fazley lagi, sikap tersebut juga sebenarnya menggambarkan keperibadian seseorang yang dianggap masih belum matang.
Padahal, hakikatnya dia hanya seperti budak kecil yang menangis supaya orang sekeliling terus memberi perhatian. Kasihan mereka yang sebegini lapar perhatian, tapi tidak pernah kenyang.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata bersetuju dengan pandangan tersebut, selain menganggap isu tersebut semakin berleluasa dalam dunia digital masa kini.
Sumber: Threads Fazley Yaakob