
Pelakon, Fazlina Ahmad Daud mengakui mengelak daripada membawakan lagu-lagu yang dipopularkan kakaknya, Ogy Ahmad Daud kerana tidak mahu menjadi bahan perbandingan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazlina Ahmad Daud Dedah Pernah Diludah Gara-Gara Watak ‘Halijah’ – ‘Dah Tak Nampak Diri Saya Yang Sebenar’
Artikel Berkaitan: Fazlina Ahmad Daud Beraya Dengan Bapa Mentua, Ogy Respon – ‘Tak Ada Siapa Nak Ambil Saya Jadi Menantu’
Enggan dibandingkan

Ketika ditemui OhBulan!, Fazlina, 51, berkata dia enggan membawakan lagu-lagu daripada album Ogy kerana tidak mahu membuka ruang untuk orang ramai membuat perbandingan antara mereka.
Menurutnya, sejak awal pembabitannya dalam bidang seni, dia sudah menjaga batas tersebut agar tidak timbul perbandingan antara dirinya dengan kakaknya.
Sebab orang pasti akan buat perbandingan.
Daripada mula-mula saya masuk dalam industri ini pun kalau boleh tidak mahu ada perbandingan (dengan Ogy).
Saya sangat menjaga tentang perkara itu dan tidak akan beri ruang untuk orang ramai bandingkan contoh, ‘adik dia menyanyi lagi sedap daripada Ogy’.
Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Kak Ogy adalah Kak Ogy, saya adalah diri saya sendiri dan genre kami juga berbeza.
Bagaimanapun, pelakon drama Bidaah itu berkata dia hanya selesa membawakan lagu Simfoni Kasih nyanyian kakaknya dan serta lagu-lagu daripada filem Abang 1981 kerana mempunyai kaitan yang rapat dengan dirinya.
Ketika ditanya sama ada dia sudah menjangkakan perkara itu akan berlaku, Fazlina berkata sebagai anak seni, dia sedar dirinya tidak dapat lari daripada kritikan.
Kita anak seni. Keluar sahaja dari perut ibu sudah ‘sign’.
Ya, saya memang sudah bersedia (dikritik) tak kira dari segi lakonan atau nyanyian. Orang nak cakap apa, cakaplah.
Dalam perkembangan lain, Fazlina merupakan salah seorang daripada 10 peserta bagi program Kilauan Emas Selebriti yang bakal menemui penonton 22 Ogos depan.
Selain Fazlina, antara selebriti yang turut menjadi peserta termasuklah Zila Bakarin, Datuk Jalaluddin Hassan, Rashan Baba, Rahim Omar dan ramai lagi.



![[VIDEO] Ramai Sangka Hasil AI, Babak Inspirasi ‘Ghibli’ Iklan GSC Ini Adalah Animasi Sebenar](https://media.says.com/2026/09/adgscci-scaled.jpg)




