Kehadiran pelakon Fazura di majlis resepsi penyanyi Indonesia, Al Ghazali dan isteri Alysaa Daguise telah menyorot perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’

Perkahwinan Al Ghazali

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Fazura ditemani pengurusnya, Iman Tang ke majlis tersebut yang berlangsung di Indonesia.

Pada majlis yang sama, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin dilihat turut menyapa penyanyi, Melly Goeslaw.

Aktres berusia 41 tahun tersebut kemudian bertemu dan bersalaman dengan pasangan mempelai serta ibu bapa mereka iaitu pemuzik terkenal, Ahmad Dhani dan Mulan Jameela.

Semakin cantik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkesima dengan kejelitaan yang dimiliki pelakon filem J Revolusi itu.

Menurut warganet, keanggunan Fazura lebih terserlah kerana kebaya labuh berona kuning yang digayakannya itu menaikkan seri.

Cantiknya Fazura macam puteri raja, menyerlah pakai baju warna macam ini.

Tak boleh dinafikan kecantikan dia, pakailah baju warna apa sekali pun, bersolek atau tidak tetap paling cantik.

Susah artis lain nak lawan, vibes dia berkelas..memang lain.

Fazura aura dia lain macam, tak ada yang boleh ditandingi dan tak jemu mata memandang.

Fazura tak perlukan mana-mana lelaki, namanya boleh naik dengan cara sendiri. Harga dirinya terlalu mahal.

Sumber: TikTok