
Pelakon dan penyanyi, Fazura mengakui lebih selesa memegang status solo ketika ini walaupun sudah kira-kira lapan bulan bercerai dengan bekas suami yang juga aktor, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Penuhi Jemputan Program Di Indonesia, Kongsi Tentang ‘Bertahan Demi Cinta’ & Perceraian – ‘No Regret..’
Artikel Berkaitan: Fazura Bak Puteri Raja, Busana Kuning Naikkan Seri
Masih baru

Ketika ditemui OhBulan, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin memaklumkan, dia belum terfikir untuk mencari pasangan hidup.
Fazura juga berkata, dia tidak mahu terburu-buru mencari pengganti berikutan baru sahaja melalui fasa perceraian.
Rasa macam baru sangat cerai. Sejujurnya ketika ini saya rasa sangat gembira, lega dan tenang.
Saya selesa dan saya tidak pernah terlintas langsung (mencari pengganti) sebab saya rasa masih terlalu cepat, terlalu awal dan saya pun baru sahaja bercerai.
Fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya dan juga anak.
Fazura berkata demikian ketika ditemui pada sidang media dan tayangan muzik video single terbaharunya berjudul Luar Biasa yang berlangsung di The Exchange TRX pada Jumaat.
Doa peminat

Menurut aktres berusia 41 tahun itu, sehingga kini belum ada mana-mana lelaki yang mencuba untuk mendekatinya.
Tak ada pun (yang cuba mendekati).
Walau bagaimanapun, pelakon filem Gol & Gincu itu tetap menghargai para peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaannya.
Tetapi peminat-peminat pun ada juga yang mendoakan.
Terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik untuk saya.
Dalam perkembangan lain, Fazura tampil dengan single baharu tersebut yang merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Indonesia, Ade Govinda.
Kolaborasi istimewa itu mengetengahkan sebuah lagu yang berkisarkan tentang semangat dan kekuatan diri untuk meneruskan kehidupan meskipun ditimpa ujian.
Melalui sesi Zoom, saya terus jelaskan konsep lagu yang saya inginkan. Saya nak lagu yang boleh beri semangat, bukan tentang putus cinta.
Sesuatu yang sesuai didengar waktu pagi ketika memandu dan boleh memberi inspirasi.
Imbas kembali, Fazura dan Fattah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober tahun lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)