Hubungan baik antara Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan pelakon Nur Fazura sudah diketahui ramai orang.
Baru-baru ini, anak Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Norashikin bersempena ulang tahun kelahiran yang pertama.
Artikel Berkaitan: Anak Fazura Terima Hadiah Rantai Berlian Sempena Harijadi Daripada Tengku Permaisuri Selangor – ‘Awak Layak Terima Cinta & Kebahagiaan Di Dunia Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Terima Hadiah Syiling Emas & Buku Agama Dari Tengku Permaisuri Selangor
Pakai tudung harga RM27
Terbaru, Fazura, 38, meluahkan rasa berbesar hati melihat sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dalam penampilannya.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin menyatakan Tengku Permaisuri Norashikin memilih untuk menggayakan tudung keluaran jenamanya, ‘Kak Uda’ yang dijual dengan harga RM27 dalam sebuah majlis.
Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.
Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri. Junjung Kasih Tuanku. Semoga Allah SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor.
Nak koleksi ini lagi
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan imej Tengku Permaisuri Norashikin yang manis dipandang.
Malah, ada peminat Fazura yang mula mencari agen sah bagi mendapatkan koleksi tersebut.
Sumber: Instagram @missfazura