berita

Fazura Dan ‘Teman Baik’ Bercuti Lagi, Selepas Bali, Kali Ini Ke Bangkok Pula

March 20th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Malam-Gala-Kami-Histeria-42-630x420

Nama model dan pelakon jelita, Fazura tak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja memiliki paras rupa yang menawan, bahkan setiap apa yang dilakukan pasti akan mendapat perhatian.

Umum pasti sudah mengetahui hubungan rapat Fazura dengan seorang jejaka mat salleh bernama Randy Seidman bukan? Beberapa minggu lalu, Fazura bersama Randy dan rakan-rakan lain baru saja bercuti ke Bali.

Kali ini, pasangan yang pernah dikatakan bercinta ini  sekali lagi telah melancong ke luar negara dan memilih Bangkok sebagai destinasi pilihan. Wah, seronok betul jadi artis, pantang ada masa lapang, pasti akan digunakan sebaiknya untuk beristirehat.

Fazura

Untuk pengetahuan, aktress jelita ini pernah menafikan gosip mereka bercinta dan menegaskan jejaka itu dianggap sebagai teman baik sahaja.

Namun, jika melihat pada kemesraan mereka berdua, mungkin akan ada yang mentafsirkan bahawa mereka sebenarnya sedang bercinta.

Walaubagaimanapun, melalui foto yang dimuat naik melalui laman sosial instagram miliknya, kunjungan Fazura ke Bangkok kali ini bukanlah berdua sahaja.

Percutian yang turut disertai beberapa orang sahabatnya itu dipercayai telah bertolak kira-kira tiga hari lalu dan mereka masih lagi berada disana ketika ini.

Menerusi foto-foto tersebut, ia jelas menunjukkan bahawa Fazura dan sahabat-sahabatnya itu sedang menikmati waktu percutian mereka sepuasnya dan mencuba pelbagai jenis makanan yang unik disana.

Selepas ini mereka akan bercuti kemana pula ya? Apa-apa pun, khas buat pembaca setia OHBULAN! jom kita lihat dulu foto-foto mereka.

Kredit Foto: Instagram Fazura & Randy

SKIP THIS AD ×