
Pelakon dan usahawan, Fazura menyorot perhatian apabila tampil mendedahkan beberapa perkara yang dianggap menjengkelkan (pet peeves) dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar
Pet peeves

Pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin, 43, berkongsi lima pet peeves yang dirasakan kurang disenangi sekiranya dilakukan oleh orang lain.
Mengunyah makanan tanpa menutup mulut hingga mengeluarkan bunyi ‘chup chap’ yang dianggap kurang beradab.
Keluar rumah tanpa membuat persediaan diri seperti membawa powerbank, ubat atau wang tunai, sebaliknya sering bergantung kepada orang lain.
Malah, pelakon filem Pisau Cukur itu turut menyifatkan sikap berat tulang serta enggan membantu sesama sendiri ketika keluar bersama sebagai antara perkara yang tidak digemari baginya.
Entitled, sikap terlalu mementingkan diri, bergantung sepenuhnya kepada orang lain tanpa mengambil inisiatif sendiri.
Berat mulut ucap assalamualaikum, terima kasih dan maaf.
Perkongsiannya itu mendapat perhatian apabila para peminatnya juga berkongsi beberapa hal-hal kecil yang boleh mengganggu hari mereka.
Sumber: Threads








