berita

‘Jika Perlukan Bantuan Bagi Tahu Faz’ – Fazura Doakan Tunang Arwah Adib Tabah

December 19th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Berita kehilangan, Allahyarham Muhammad Adib memberikan kesan yang cukup mendalam terhadap seluruh rakyat Malaysia. Ramai turut berasa simpati terhadap keluarga dan rakan-rakannya, terutama tunang arwah.

Artikel Berkaitan: ‘Apa Yang Dilakukan Itu Tidak Boleh Dimaafkan’ – Ibu Muhammad Adib

Terbaru, Seorang pelakon juga merupakan isteri kepada Fattah Amin, Fazura mengucapkan takziah kepada waris Allahyarham Muhammad Adib menerusi Instagram miliknya. Menerusi posting tersebut juga, beliau juga menyatakan bahawa beliau sanggup memberikan bantuan kepada waris Allahyarham.

Tiada kata dapat gambarkan perasaan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Malam semalam salah seorang wira kita telah kembali ke rahmatullah. Beliau berjuang ketika menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau dan beliau juga telah bertarung untuk kekal bersama yang tercinta di dunia ini. Namun cinta Allah SWT kepada hambanya yang dikasihi itu jauh lebih kuat dari semua kasih sayang alam ini, walaupun ianya dikumpulkan di satu tempat pada masa yang sama. Tiada kata-kata yang dapat mengungkapkan perasaan Faz ketika ini.

Ingin membantu

Faz doakan agar Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan insan yang yang terpilih lagi terpuji. Kepada keluarga Allahyarham, Faz doakan agar segalanya dipermudahkan dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ketentuan ini. Doa dan ingatan Faz sentiasa bersama anda semua. Khas kepada tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi, Faz doakan agar dikurniakan ganjaran kesabaran dan kekuatan dalam menerima pemergian insan yang tercinta semoga ketabahan itu menjadi contoh yang baik kepada Faz dan ramai lagi. Jika ada apa yang boleh Faz bantu untuk melalui dugaan ini, mohon dapat maklumkan Faz. Akhir kalam, Faz berharap semua bertenang dengan pemergian Allahyarham kerana beliau berada di tempat yang lebih baik. Sesungguhnya doa mereka yang dianiaya tidak akan ada penghalang antaranya dengan Allah SWT. Ameen.

Sumber: Fazura

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×