berita

Fazura Nasihati Suri Rumah Kena Buat Simpanan Kewangan Sendiri – ‘Ada Yang Depresi’

October 25th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Nur Fazura

Pelakon dan usahawan Nur Fazura menyifatkan tanggungjawab yang digalas para suri rumah sebagai satu tugas yang besar dan rumit.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin Kongsi Detik Cinta Berputik Pada Fazura – ‘Saya Peminat Dia Dulu, Allah Aturkan Jodoh Depan Mata’

Artikel Berkaitan: Fazura Terharu Rakan Baik Sanggup Keluar Duit Untuk Kejutan ‘Birthday’ – ‘Ada Yang RM500, Ada Yang Beribu’

Tugas suri rumah rumit

Nur Fazura

Ketika ditemui OhBulan!, Fazura berkata dia amat mengagumi para suri rumah yang menguruskan hal rumah tangga sepenuh masa biarpun ada segelintir mereka yang mengalami masalah depresi akibat kurang waktu tidur.

Justeru, Fazura ingin menyuntik semangat kepada golongan tersebut untuk terus kuat.

Saya sangat menghormati wanita yang bergelar suri rumah yang tidak bekerja dan duduk di rumah menjaga anak. Itu adalah satu tugas yang sangat besar dan rumit.

Ramai wanita di luar sana yang ada depresi disebabkan tidak cukup tidur dan sebagainya. Saya ingin beri semangat kepada wanita di luar sana untuk terus kuat.

Menjadi ibu bukan perkara yang mudah. Saya mahu suntik semangat kepada semua wanita.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu turut menasihati para suri rumah untuk mempunyai simpanan kewangan sendiri dengan cara berniaga secara kecil-kecilan dari rumah.

Pada saya yang paling penting, seorang wanita itu harus ada simpanan kewangan yang kukuh untuk diri sendiri. Kalau tidak boleh bekerja di luar, boleh buat income dari rumah.

Jadi bila apa-apa terjadi sudah ada simpanan sendiri. Jadi nasihat saya kepada semua wanita di luar sana, cari lah perniagaan atau pekerjaan yang anda minat untuk buat. Financial independent sangat penting.

SKIP THIS AD ×