Pelakon dan usahawan, Fazura menzahirkan rasa syukur terhadap sokongan positif yang diterimanya selama ini daripada orang sekeliling.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fazura Pamer Wajah ‘Polos’ Tanpa Solekan, Ramai Jatuh Hati – ‘Sangat Cantik Ciptaan Allah’

Artikel Berkaitan: Tak Pernah Tayang Kemewahan, Gaya Hidup Fazura Dipuji Netizen – ‘Kaya & Humble’

Syukur

View on Threads

Fazura mengakui ada kalanya dia merasakan sangat penat mengharungi liku-liku kehidupan namun bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh individu-individu di sekelilingnya.

Syukur alhamdulillah dan ucapan terima kasih buat kalian dan semua di sekeliling Faz (nama panggilan Fazura) yang sentiasa sudi hadir menjadi sistem sokongan kuat yang positif dan matang.

Di kala hati merasa cukup penat dan tertanya sekadar berapa panjang saja lagi sisa hidup ini, terima kasih kerana sudah memeluk Faz dgn erat dan penuh kasih-sayang.

Walaupun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai perasaannya, namun pelakon filem Pisau Cukur itu berkata banyak perkara yang tersimpan di dalam hatinya yang sukar untuk diungkapkan.

Bagaimanapun, dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

Banyak yang mungkin tak dapat diungkapkan tapi cukup Allah SWT yang mengetahui isi hati, apa yang tersirat lagi tersurat dan penawarnya hanya Allah SWT jua. Doakan saya.

Hantaran kemudian mendapat perhatian orang ramai terutamanya para peminat Fazura yang tidak henti-henti memberikan sokongan kepadanya.

Sumber: Threads