berita

Fellera Skin Taja Beto Kusyairy & Elly Mazlein Pakej Umrah VVIP – ‘Mereka Mempunyai Bakat Yang Luar Biasa’

September 8th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Beto Kusyairy dan Elly Mazlein meluahkan rasa terkejut sebaik sahaja mengetahui mereka menerima hadiah sampingan berupa pakej umrah VVIP tajaan Fellera Skin sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.

Rai pemenang

Menurut Pengasas Fellera Skin, Syarifah Khyra Muhsin, pakej umrah VVIP yang dihadiahkan itu bakal memberi pengalaman luar biasa buat pemenang ABPBH 35.

Selain mengadakan majlis makan malam bersama pengedar eksklusif Fellera Skin, acara ini juga bertujuan meraikan dua pemenang ABPBH 35 iaitu Beto dan Elly atau Kak Lina Pom Pom.

Dua selebriti ini terpilih menerima hadiah yang akan menyusuri perjalanan bermakna dan insya-Allah, menjadi kenangan manis buat mereka.

Kami beri kad untuk mereka buka dan lihat sendiri hadiah diterima. Hadiahnya, pakej umrah VVIP yang bukan biasa-biasa dan akan memberikan satu pengalaman berbeza.

Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, mereka termasuk Bintang Paling Popular ABPBH 35, Bell Ngasri akan terbang ke Tanah Suci pada Disember depan.

Alhamdulillah, saya sangat gembira selepas melihat keterujaan mereka menerima kejutan ini.

Tambah Syarifah Khyra, pemilihan dua selebriti berkenaan dilakukan berikutan mahu menghargai bakat insan yang lama berjuang dalam industri seni.

Mereka menjadi pilihan kami sebab bagi saya dan suami, Beto dan Elly adalah senior dan menantikan detik meraih trofi ABPBH sejak sekian lama.

Kami sangat menghargai mereka sebagai orang lama, mempunyai bakat yang besar luar biasa untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan lakonan mereka.

Kriteria inilah yang dipilih supaya mereka rasa lebih dihargai.

Sementara itu, Beto yang memenangi kategori Aktor Filem Popular menyifatkan hadiah menunaikan umrah ibarat bulan jatuh ke riba.

Saya ada perancangan untuk ke Tanah Suci pada penghujung tahun ini. Tak sangka pula tiba-tiba saya dapat kejutan ini. Saya anggap hadiah mengerjakan umrah ini adalah satu jemputan daripada Allah. Alhamdulillah, saya bersyukur dipertemukan dengan Fellera Skin yang dapat menunaikan hajat saya.

Bagi Elly, dia terharu dengan penghargaan diberi penaja utama ABPBH 35 itu.

Saya berterima kasih kepada Fellera Skin. Pengasasnya, Syarifah Khyra ada memaklumkan pemilihan kami agak istimewa kerana sudah lama dalam industri.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami merasa memegang trofi ini. Jadi, hadiah umrah ini adalah pengiktirafan lebih sedikit dan bonus buat saya dan Beto.

Terdahulu, malam kemuncak bertemakan Ekspresi Legasi Seni yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dan strim ‘live’ Tonton dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB) di ibu negara pada 21 Julai lalu menyaksikan artis ‘senior’, Bell diangkat sebagai Bintang Paling Popular.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×