Kalau korang rasa Festival 2025 ni hanyalah sekadar pameran, korang memang silap besar!
Tahun ni, FGV bawakan sesuatu yang lebih besar, lebih bermakna dan lebih dekat dengan
kehidupan harian rakyat Malaysia!

Festival FGV 2025 yang berlangsung dari 30 Julai hingga 3 Ogos bersempena Hari Peneroka
FELDA 2025 di Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) dengan Tema MK3D iaitu, “Desaku
Mendunia,” akan menjadi bukti keyakinan dan sokongan FGV terhadap daya juang dan potensi
industri desa untuk diketengahkan di peringkat global.

Festival FGV ini akan menjanjikan pengalaman unik dan merupakan platform bagi
memperkasakan peneroka FELDA selain mempamerkan bagaimana FGV memainkan peranan
penting dalam industri minyak sawit negara, menyebar luas kebaikan serta kepelbagaian
produk pengguna berasaskan sawit.

Bukan je korang boleh tengok demo masakan oleh chef selebriti, join pertandingan masakan
atau singgah pameran interaktif, tapi korang juga boleh explore cerita sebenar di sebalik
kejayaan industri minyak sawit negara dan peranan penting FGV dalam membina masa depan
yang lestari dan menyatukan masyarakat.

Inilah masanya untuk tingkatkan informasi korang mengenai industri yang diusahakan FGV!

FGV: Lebih Dari Sekadar Syarikat Minyak Sawit

Ramai tak tahu, FGV ni sebenarnya bukan calang-calang syarikat. FGV antara pengeluar
minyak sawit mentah terbesar di dunia.

Operasi FGV merangkumi 7 negara di Amerika Utara, Eropah dan Asia dan tertumpu kepada
enam bahagian utama; Perladangan, Minyak dan Lelemak, Gula, Logistik dan Perniagaan
Sokongan, Pertanian Bersepadu dan Produk Pengguna.

Sebagai perniagaan teras Kumpulan, Bahagian Perladangan FGV memiliki rantaian nilai sawit
bersepadu bagi aktiviti huluan, pemprosesan dan hiliran. Selain itu, FGV juga memiliki salah
sebuah kemudahan tangki dan penyimpanan bagi minyak sayuran terbesar di dunia, dan
merupakan pengeluar gula bertapis terkemuka di Malaysia.

Hebat kan, FGV bukan setakat miliki ladang sawit je tau, mereka juga terlibat dalam pelbagai sektor seperti makanan, logistik, teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui!

Bukan Sawit Biasa: Ini Kisah Peneroka & FGV!

Apa yang membezakan FGV daripada syarikat lain adalah komitmennya terhadap para
peneroka FELDA. Hampir 70% buah tandan segar (BTS) yang diproses oleh FGV diperoleh
daripada peneroka FELDA dan pekebun kecil. Hasil kerjasama ini telah membantu
meningkatkan taraf hidup peneroka FELDA dari satu generasi ke generasi seterusnya. Festival
ini juga merupakan tanda penghargaan kepada mereka.

Pada tahun ini, kesemua pengunjung Festival FGV 2025 berpeluang merasai sendiri betapa
besar sumbangan peneroka kepada negara.

Selain itu, korang juga boleh faham dengan lebih mendalam bagaimana FGV dan peranannya
terhadap FELDA serta rantaian bekalan yang menyokong ribuan peneroka dan komuniti luar
bandar.

Oh ya, nak tahu bagaimana teknologi hijau dan inovasi memainkan peranan dalam industri
perladangan? Festival FGV 2025 bakal pamerkan teknologi terkini dalam penghasilan tenaga
boleh diperbaharui, penyelidikan pertanian dan pelbagai inisiatif lestari yang menjadikan FGV
antara peneraju industri yang paling ke hadapan.

Minyak Sawit: Asas Kehidupan, Bukan Sekadar Minyak Masak

Sebut mengenai FGV dan minyak sawit, tidak sah rasanya jika tidak membincangkan mengenai
produk-produk yang dihasilkan. Ramai yang berpendapat minyak sawit hanyalah digunakan
sebagai minyak masakan.

Namun, tahukah sebenarnya minyak sawit turut dapat dimanfaatkan untuk pelbagai kegunaan
lain? Daripada sabun, makanan sejuk beku, sehinggalah kepada kebanyakkan produk
kecantikan di pasaran.

Festival FGV 2025 ini secara tidak langsung bakal menjanjikan pengalaman unik dan
merupakan platform bagi memperkasakan peneroka FELDA selain mempamer bagaimana FGV
memainkan peranan penting dalam industri sawit negara, menyebar luas kebaikan serta
kepelbagaian produk pengguna berasaskan sawit.

Baru la orang ramai boleh buka mata dan faham betapa pentingnya minyak sawit dalam
kehidupan harian kita.

Sarat dengan aktiviti dan temui cef selebriti kesukaan korang

Bersempena dengan Hari Peneroka FELDA 2025, FGV sedia menganjurkan Festival FGV 2025 di Karnival Mega 3 Dimensi (MK3D) dengan tema , ‘Desaku Mendunia,’ menjadi bukti keyakinan dan sokongan FGV terhadap daya juang dan potensi industri desa untuk diketengahkan di peringkat global. 

Korang semua mesti join tau sebabnya Festival FGV 2025 menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga termasuk:

  • Jualan barangan produk pengguna dan pertanian
  • Pakej istimewa daripada Felda Travel
  • Piala Tarik – Tarik teh paling tinggi & bergaya!
  • Canai Toss-Off – Tebar roti canai paling bulat dan kemas!
  • Lesung Batu Showdown – Tumbuk sambal paling banyak dalam 2 minit!
  • Chef Up – Cooking Demo bersama chef selebriti
  • Sembang Kuali – Masak Sambil berborak dengan KOLs

Menerusi segmen masakan, korang berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat skil memasak daripada Chef Wan Rathnor, Dato’ Chef Zam dan juga influencer terkenal, Chef Anis Nabilah.

Bagi aktiviti FGV Hujan Emas, para pengunjung berpeluang mendapatkan sebanyak mungkin baucar emas di dalam booth lutsinar (money pit) yang seterusnya melayakkan mereka menyertai cabutan hadiah utama yang lumayan.

Korang boleh sertai aktiviti ini semudah berbelanja minimum RM50 ringgit untuk mendapat peruntukan masa 15 saat di dalam money pit, RM100 untuk 20 saat dan RM150 untuk 25 saat. Lebih banyak masa, lebih tinggi peluang untuk anda dapatkan baucar dengan banyak.

Para pengunjung juga boleh menyertai permainan Drop & Dapat di mana mereka perlu menjatuhkan bola daripada papan berlubang (peg board). Sebaik bola dijatuhkan, pemain boleh mendapat hadiah berupa baucar bernilai RM1 hingga RM50, baucar AEON dan Touch n Go.

Bagi peminat teh tarik pula, korang dijemput untuk menyaksikan pertandingan Piala Tarik, di mana para pemain akan berentap membuat teh tarik tanpa tumpah. 

Nak lihat influencer pilihan korang dengan lebih dekat? Menerusi segmen Sembang Kuali, korang berpeluang untuk menemui Ryan Howlett, Hani Fadzil dan Ceddy Ang! 

Lebih membuatkan Festival FGV 2025 lebih meriah adalah kehadiran artis kegemaran Malaysia seperti Jangan lepaskan peluang untuk temui artis kegemaran Malaysia, Ismail Izzani, Hyperact Band, dan Liyana Fizi. Korang juga boleh memenangi hadiah cabutan bertuah dan pelbagai lagi giveaway menarik berjumlah melebihi RM100,000!g juga boleh memenangi hadiah cabutan bertuah dan pelbagai lagi giveaway menarik berjumlah melebihi RM100,000!

Motosikal EV bernilai lebih RM7,000 menanti pemenang. Hadiah-hadiah lumayan lain turut tersedia!

Kalau korang dah lama aim motosikal EV yang penuh gaya serta sarat dengan teknologi canggih, inilah masanya untuk sertai Festival FGV 2025!

Pada tahun ini Festival FGV 2025 sedia menawarkan sebuah motosikal EV Blueshark R1 Lite buat pemenang bertuah.

Lebih best, hadiah yang ditawarkan pada kali ini semuanya memang wow belaka!

Pemenang tempat kedua pula ditawarkan pakej percutian FELDA Travel bernilai RM10,000.

Hadiah-hadiah lain juga tidak kurang hebatnya, telefon pintar Samsung Galaxy Z Flip 6, peti sejuk Panasonic multi-door, TV Samsung UHD bersaiz 55-inci, vacuum Dyson dan pelbagai hadiah mewah lain sedia menanti pemenang!

Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Kedai FGV untuk promosi khas produk seperti minyak masak, beras, krimer dan barangan keperluan harian, serta kunjungi booth Felda Travel bagi mendapatkan tawaran pakej pelancongan pada harga istimewa.

Korang juga berpeluang meraih hadiah menerusi lucky draw yang dilangsungkan di Festival ini. Menawarkan pelbagai hadiah di hampir semua acara serta lambakan hadiah untuk lucky draw, mesti korang takkan pulang dengan tangan kosong.

Ayuh ke Festival FGV 2025 di MITEC Kuala Lumpur

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai FGV, sumbangan terbesar minyak sawit dan bagaimana peneroka membentuk kekuatan industri negara, jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri ke Festival FGV 2025!

Pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti demonstrasi masakan, persembahan artis, serta pameran produk dan perkhidmatan FGV.

Bukan itu je, korang juga boleh dapatkan hadiah lumayan apabila berbelanja di Kedai FGV!

Tempat: Hall 8, MITEC Kuala Lumpur

Tarikh: 30 Julai hingga 3 Ogos 2025

Waktu: 10 pagi sehingga 10 malam

Masuk adalah percuma! Jumpa korang di sana!

Ketahui lebih lanjut dan follow laman rasmi, Facebook, Instagram dan TikTok FGV Holdings untuk info lanjut!