berita

Festival Ombak Di Johor Ini Pasti Bikin Ramai Tak Mahu Balik, Masuk Percuma Tau!

July 2nd, 2019 | by Asyraf Khalib
Sponsored Post

Malaysia memang terkenal dengan pelbagai keunikan dan tarikan yang tersendiri. Sehingga kini, negara kita tidak pernah putus menerima kunjungan pelancong tanpa henti setiap tahun. Dan disebabkan tu jugaklah rakyat Malaysia lebih memilih untuk melancong dalam negara sendiri.

Bagi korang yang sedang mencari kelainan untuk percutian hujung minggu bersama keluarga atau kawan-kawan, kali ni admin ada cadangan tempat best untuk korang kunjungi Julai nanti. Paling penting semua yang korang cari mungkin ada dekat situ!

Festival Ombak kini di Johor

Kalau korang nak tahu, pada awal Julai nanti, pihak Desaru Coast, Johor buat julung kalinya bakal menganjurkan Festival Ombak yang confirm akan buat ramai pengunjung teruja. Paling penting masuk adalah percuma ya!

Tarikh: 5, 6 dan 7 Julai 2019
Masa: 10 Pagi – 10 Malam
Lokasi: Desaru Coast, Riverside

Festival selama 3 hari itu dilihat akan mengetengahkan pelbagai aktiviti menarik termasuklah persembahan pentas, muzik, bengkel, program kebudayaan dan juga ada pelbagai makanan yang sedap-sedap belaka. Jom kita tengok apa yang menarik dekat Festival Ombak.

1. Boleh shopping sakan di Market Place

Kalau korang ke Festival Ombak nanti, admin sarankan korang sediakan duit lebih sikit sebab dekat sana ada banyak gerai dan booth yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, kraftangan, cenderamata dan macam-macam lagi lah, pendek kata rugi kalau tak beli sebab harganya confirm puas hati.

2. Food truck dan banyak lagi gerai makanan yang bikin korang nak pusing banyak kali

Bagi food hunter pulak, pastikan korang tidak terlepas peluang untuk enjoy pelbagai pilihan makanan tempatan yang best. Admin yakin dekat sana nanti korang akan pusing dua tiga kali weh semata-mata nak beli makanan je.

3. Ada konsert, muzik dan pelbagai persembahan

Mood percutian korang akan lagi onz dekat sini sebab korang semua akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik bermula daripada konsert sehinggalah ke persembahan tradisional. Teringin nak tengok wayang kulit, persembahan angklung atau tarian singa? Haaa… jom ke Festival Ombak!

4. Boleh join macam-macam bengkel kebudayaan

Macam admin cakap awal tadi, boleh dikatakan hampir kesemua aktiviti yang korang cari, korang boleh jumpa dekat Festival Ombak ni. Dan salah satu part yang paling admin suka ialah aktiviti kebudayaan.

Yelah, untung datang sini sebab sambil-sambil bercuti tu boleh belajar dan tambah pengetahuan pasal warisan yang ada di negara kita. Korang boleh belajar buat wayang kulit, belajar main alat muzik tradisional, dan nak belajar buat layang-layang pun ada tau.

5. Permainan air syok weh!

Tak ombaklah kalau tak ada permainan air kan! Alang-alang dah dekat sana, makesure korang join pelbagai jenis permainan air sama ada aktiviti bola tampar, banana boat atau nak lagi best terus je beli tiket masuk Adventure Waterpark, Desaru Coast yang tengah murah tu.

Pelbagai pakej dan promosi menarik sempena Festival Ombak

Dan berita baik untuk korang yang dah excited untuk habiskan cuti hujung minggu di Desaru Coast, sebenarnya ada macam-macam lagi pakej dan promosi untuk korang grab. Tempat penginapan pun ada diskaun jugak tau. Korang boleh tengok dekat bawah ni.

Haa.. berbaloi kan? Jangan lupa 5, 6 dan 7 Julai ini kita jumpa di Desaru Coast, Johor Bahru. Sebarang maklumat lanjut tentang harga dan promosi di Festival Ombak, korang boleh layari laman sesawang Desaru Coast atau facebook Desaru Coast Malaysia sekarang!

 

SKIP THIS AD ×