berita

Fesyen Songket Tanda Kemewahan?

June 28th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada asasnya, songket merupakan sejenis kain yang ditenun dengan tangan, dan mempunyai pelbagai corak yang dihasilkan daripada benang emas ataupun perak. Dari segi sejarah, songket biasanya hanya dipakai oleh golongan bangsawan, kerabat diraja dan juga orang kenamaan.

Selain itu, kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak yang dihasilkan dari songket adalah menggambarkan pangkat serta kedudukan tinggi seseorang pembesar. Fesyen songket ini telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau.

Umumnya, corak dan motif yang terdapat pada songket merupakan paparan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekaligus mencerminkan cita rasa budaya bangsa yang kaya dengan keunikan dan keindahan. Antara motif yang biasa diadaptasikan untuk songket adalah seperti flora dan fauna, alam persekitan dan juga benda-bendaan.

Pada masa kini, penggayaan songket telah semakin meluas dan tidak lagi fokus kepada golongan tertentu sahaja. Tambahan pula, kebanyakan individu gemar memperagakan songket untuk majlis penting seperti Majlis Persandingan. Ini membuktikan bahawa songket bukan sekadar cantik, malah mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja yang meminatinya.

Di sini terdapat beberapa motif corak songket yang ditenun indah untuk tatapan peminat songket.  Diharapkan ia dapat memikat hati gadis melayu di OHBULAN!

Sumber : Wikipedia 

SKIP THIS AD ×