berita

FFM 25 : Grand Brilliance Dominasi ‘Anugerah Perdana’ Melalui Filem Songlap

February 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

ffm25

Sidang akhbar bagi Festival Filem Malaysia 25 (FFM) yang berlangsung hari ini telah melaporkan bahawa Erra Fazira & Fahrin Ahmad bakal digandingkan bersama sebagai hos. Namun apa yang lebih menarik ialah, produksi Grand Brilliance Sdn Bhd telah mendominasi senarai pencalonan Anugerah Perdana dengan 9 pencalonan dari filem ‘Songlap’ sahaja.

Antara kategori anugerah yang turut mencalonkan ‘Songlap’ ialah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik dan juga Skor Muzik Asal Terbaik.

Selain itu, antara filem Grand Brilliance yang tersenarai dalam beberapa kategori pencalonan termasuklah Seefood, Jalan Kembali, Ngorat dan juga Chow Kit.

Manakala, filem ‘Bunohan’ pula menduduki tangga kedua senarai dominasi dengan 8 pencalonan. Dijangkakan saingan-saingan untuk FFM 25 kali ini lebih sengit.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan Festival Filem Malaysia ke 25.

Anugerah Perdana:

Filem Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Ombak Rindu
4. SAM
5. 29 Februari

Filem Bukan Bahasa Melayu Terbaik
1. Seefood
2. Kepong Gangster
3. Ah Beng The Movie
4. Petaling Street Warriors
5. Ghost Buddies

Pengarah Terbaik
1. Dain Said (Bunohan)
2. Effende Mazlan / Fariza Azlina Ishak (Songlap)
3. Syafiq Yusof (S.A.M.)
4. Osman Ali (Ombak Rindu)
5. Saw Teong Hin (Hoore! Hoore!)

Pelakon Lelaki Terbaik
1. Faizal Hussein (Bunohan)
2. Pekin Ibrahim (Bunohan)
3. Zahiril Adzim (Bunohan)
4. Shaheizy Sam (S.A.M.)
5. Shaheizy Sam (Songlap)

Pelakon Wanita Terbaik
1. Maya Karin (Ombak Rindu)
2. Sara Ali (Songlap)
3. Vanidah Imran (Untuk Tiga Hari)
4. Nadiya Nisaa’ (Jiwa Taiko)
5. Farah Nazirah (Hoore Hoore)

Sinematografi Terbaik
1. Songlap
2. Ombak Rindu
3. Hoore Hoore
4. Misteri Jalan Lama
5. 29 Februari

Lakon Layar Terbaik
1. Songlap
2. Bunohan
3. Untuk Tiga Hari
4. 29 Februari
5. Seefood

Cerita Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. Hantu Gangster
4. 8 Jam
5. Misteri Jalan Lama

Penyunting Terbaik
1. 29 Februari
2. Songlap
3. Hoore Hoore
4. SAM
5. Hantu Kapcai

Skor Muzik Asal Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Hoore Hoore
5. Misteri Jalan Lama

Anugerah Cipta:

Filem Pendek Terbaik
1. Strangers
2. Guang
3. Sanzaru
4. Pasport Ekspres
5. Leman

Filem Animasi Terbaik
1. The Best Recipe
2. Tooth
3. Fruitema-Kepala Tua & Lampu Ajaib
4. Ninja VS Pirate
5. Toi-Toi

Pengarah Harapan
1. Syafiq Yusof (SAM)
2. Ghaz Abu Bakar (Hantu Kapcai)
3. Nizam Zakaria (Cinta Kura-Kura)
4. Goh Aun Hoe (Seefood)
5. Teng Bee (Kepong Gangster)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Amerul Affendi (Bunohan)
2. Husyairi Hussain (Bunohan)
3. Bront Palarae (Jiwa Taiko)
4. Syafie Naswip (Songlap)
5. Omar Abdullah (Songlap)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Normah Damanhuri (Songlap)
2. Lisa Surihani (Ombak Rindu)
3. Fauziah Nawi (Hoore Hoore)
4. Nabila Huda (Jalan Kembali)
5. Lana Nordin (Chow Kit)

Penataan Seni Terbaik
1. Bunohan
2. Songlap
3. 29 Februari
4. Seefood
5. Misteri Jalan Lama

Penataan Bunyi Terbaik
1. 29 Februari
2. Bunohan
3. Hoore Hoore
4. Songlap
5. Hantu Kapcai

Lagu Tema Terbaik
1. Jagalah Diri (29 Februari)
2. Idola (Hoore Hoore)
3. Ombak Rindu (Ombak Rindu)
4. We Are Gangster (Hantu Gangster)
5. Pencinta Terbaik (Cinta Kura Kura)
6. 7 Petala Cinta (7 Petala Cinta)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Izzue Islam (29 Februari)
2. Akim Ahmad (Hoore Hoore)
3. Hazami Azmi (Apa Celop Toqq)
4. Shahrizal Jaszle (Azura)
5. Iedil Putra (Ngorat)

Pelakon Harapan Wanita
1. Farah Nazirah (Hoore Hoore)
2. Jojo Goh (29 Februari)
3. Neelofa (Azura)
4. Mon Ryanti (Keramat)
5. Shima Anuar (Sumpahan Keramat)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
1. Muhammad Izzam Shafiq (Chow Kit)
2. Nadzirah Rosi (Chow Kit)
3. Tee Jing Chen (Hantu Gangster)
4. Muhammad Naim Daniel Baharin (29 Februari)
5. Afiq Izzudin (Alamak Toyol)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Misteri Jalan Lama
2. 29 Februari
3. Songlap
4. Chow Kit
5. Hantu Gangster

Poster Terbaik
1. 8 Jam
2. Seefood
3. Cinta Kura Kura
4. Bunohan
5. Hantu Air

Most Read Today