berita

FGV Buka Peluang Pasaran Baharu, Rasmi Kilang Fract750 Di Pelabuhan Kuantan

February 13th, 2024 | by Azyan
Kini Trending

Baru-baru ini FGV Holdings Berhad telah mencatatkan sejarah dengan merasmikan Kilang Fract750 yang dibina di kawasan Pelabuhan Kuantan.

Fasiliti ini mencerminkan perkembangan strategik FGV untuk memenuhi permintaan pasaran bagi penawaran produk premium seperti High IV Olein (IV60-IV65) dan hard stearin.

Majlis Perasmian Kilang Fract750 dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib, EXCO Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang.

Fasiliti terbaru ini mencerminkan perkembangan strategik FGV

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan pasaran, pihak FGV meluaskan dan mempelbagaikan penawaran produk FGV , termasuk serbuk stearin, lemak koko setara (CBE) dan pengganti lemak koko (CBS).

Turut hadir dalam perasmian tersebut ialah YB Dato’ Mohamad Nizar Dato’ Sri Mohamad Najib, EXCO Pelaburan, Industri, Sains, Teknologi & Inovasi Pahang, Fakhrunniam Othman, Pengarah Kumpulan, Bahagian Logistik dan Sokongan dan Mohd Djunadi Samsuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, FGV Refineries Sdn Bhd,Vino Kumar Balakrishnan, Ketua Pegawai Eksekutif, Kuantan Port Consortium Sdn. Bhd dan Haji Mohamad Fadzil Hitam, Ahli Lembaga Pengarah FGV Holdings Berhad.

“Kilang ini akan bantu menyumbang kepada kemakmuran ekonomi tempatan”- Dato’ Nizar

“Kilang penapisan baharu ini bukan sahaja membolehkan FGV meneroka bidang baharu dalam produk lemak khusus tetapi turut menyumbang kepada pembangunan industri di Kuantan. Ini akan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi tempatan sekaligus menjadikan Kuantan sebagai hab untuk produk lelemak inovatif dan premium, yang berpotensi menarik pelaburan dan peluang perniagaan baharu,” kata Dato’ Nizar.

Tambahnya, “Dengan teknologi moden yang diterapkan, kilang baharu ini akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada belia tempatan di Pahang. Kerajaan Pahang mengalu-alukan pembangunan dan pelaburan baharu yang membantu mencipta peluang kemahiran dan latihan dalam sektor pesat seperti minyak sawit dan industri lelemak.”

Manakala, Dato’ Nazrul Mansor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV berkata, “Fasiliti terbaru ini akan meletakkan FGV di posisi yang strategik dalam memenuhi permintaan terkini industri, dengan jangkaan pengeluaran sebanyak 150,000 metrik tan setahun. ”

“Perasmian kilang baharu ini juga merupakan satu lagi langkah strategik oleh FGV. Ia akan mengoptimakan kos dengan memanfaatkan penggunaan asid lemak bebas (FFA), yang merupakan hasil sampingan dari proses minyak sawit mentah untuk menghasilkan palm methyl ester (PME).”

Kilang FRACT750 yang baharu ini merupakan kilang penapisan minyak sawit pertama di wilayah Pantai Timur

Kilang FRACT750 ini menggunakan Sistem Desmet iConFract yang menggabungkan teknologi penapis mampat 30 bar yang inovatif. Teknologi ini akan membantu dalam meningkatkan kecekapan, mengoptimakan pengeluaran produk hiliran premium, serta membolehkan pengasingan rapi pecahan minyak dalam proses penapisan.

Operasi FGV di Pahang meliputi 136,617 hektar ladang sawit, 28 kilang pemecahan, penapisan, dan penyulingan minyak sawit selain daripada perkhidmatan pukal dan gudang, serta depoh logistik.

Sebanyak 4.91 juta buah tandan segar dibeli dan diproses oleh FGV pada tahun 2023

Pada tahun 2023, FGV telah membeli dan memproses buah tandan segar (BTS) sebanyak 4.91 juta MT bernilai RM3.75 billion di negeri Pahang. 66 peratus daripada keseluruhan jumlah BTS diperolehi daripada peneroka FELDA, manakala baki 34 peratus di beli daripada pekebun kecil bebas.

“FGV terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia. Dengan penubuhan kilang baharu ini, FGV akan mampu mengeluarkan produk olein sawit premium dan meneroka pasaran baharu, sekali gus memperkuatkan lagi kedudukan FGV sebagai peneraju pasaran minyak sawit global,” kata Dato’ Nazrul.

Kilang ini dikendalikan oleh anak syarikat FGV iaitu FGV Refineries Sdn. Bhd., memainkan peranan penting dalam ekosistem perniagaan Kumpulan dengan melengkapkan rantaian bekalan.

Kumpulan FGV kekal komited terhadap amalan bertanggungjawab dan kelestarian bagi memastikan masa depan yang seimbang dan berkembang maju untuk kemakmuran industri dan pihak berkepentingan Kumpulan.

Untuk maklumat lanjut boleh semak di SINI!

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×