Setiap kali hujung tahun, pasti ramai orang ternanti-nanti sale luar biasa! Betul tak?

Kali ini, Acer membawakan sesuatu yang jauh lebih menarik iaitu korang berpeluang untuk menebus TNG eWallet sehingga RM200 sambil berpeluang terbang ke India untuk menyaksikan APAC Predator League 2026 Finals.

Kalau korang peminat gaming atau hanya mencari alasan untuk upgrade peranti, inilah masanya untuk bertindak.

Tebus ganjaran TNG eWallet korang

Dari 1 November hingga 31 Disember 2025, setiap pembelian peranti Acer terpilih layak untuk ditebus secara online melalui laman rasmi kempen. Ganjaran bergantung pada jumlah pembelian korang:

  • Tier 1 (RM999 – RM1,999): RM50 TNG eWallet
  • Tier 2 (RM2,000 – RM3,998): RM100 TNG eWallet
  • Tier 3 (RM3,999 – RM5,999): RM150 TNG eWallet
  • Tier 4 (RM6,000 ke atas): RM200 TNG eWallet

Produk yang layak termasuk Predator Series, Nitro Series, Aspire 7, AIO & Monitor.

Fight for Honor – menangi trip ke APAC Predator League 2026

Selain ganjaran TNG eWallet, Acer juga memperkenalkan Fight for Honor Win APAC Predator League 2026 Finals Contest, ianya peluang eksklusif untuk menyaksikan sendiri aksi Predator League di India!

Cara penyertaan:

  1. Beli peranti gaming Acer yang layak antara 1 – 30 November 2025.
  2. Lawati laman kempen untuk hantar penyertaan korang.
  3. Tulis slogan kreatif bermula dengan:
    “To me, fighting for honor means…” (maksimum 30 patah perkataan).
  4. Hantar penyertaan sebelum 7 Disember 2025, 11:59 PM.

Menghidupkan semangat juang korang

Kempen ini lebih daripada sekadar membeli peranti tetapi ia adalah peluang untuk menghidupkan semangat juang dan kreativiti korang, dari menebus ganjaran TNG eWallet sehingga merasai pengalaman esports bertaraf dunia.

Setiap pembelian bukan sekadar membawa pulang peranti idaman, tetapi juga pengalaman dan kenangan yang tidak ternilai, sambil memberi ruang untuk menonjolkan bakat dan gaya unik korang sebagai seorang gamer.

acer

Bayangkan perasaan berdiri di tengah-tengah aksi Predator League, dikelilingi pemain profesional dari seluruh Asia, sementara slogan kreatif korang menjadi sebahagian daripada cerita kejayaan itu.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk Fight for Honor bersama Acer dan rebut ganjaran eksklusif, rasai pengalaman gaming yang tidak dapat dilupakan serta bawa pulang lebih daripada sekadar peranti baru.

Ini masanya untuk tunjukkan semangat juang, kreativiti dan cinta korang terhadap dunia gaming di mana bakal berikan pengalaman yang akan terus dikenang lama selepas layar dimatikan!