
Seorang individu berkongsi pandangannya tentang isu status anak luar nikah yang jarang difahami orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Nerd Selalu Curang & Buat Hal’ – Puteri Aishah
Khianat Yang Terpilih
Menerusi perkongsian di Threads, wanita dikenali Nurin itu berkata sebagai penonton Khianat Yang Terpilih, drama itu membuka matanya mengenai dengan perkara yang jarang ditekankan dalam kalangan masyakarat.
As mengandungkan anak Ali sedangkan suami ialah Im. Anak As tu tidak boleh dinasabkan Im mahupun Ali.
Logik biologi ya anak tu anak Ali sebab dari benih Ali tapi ikut hukum Allah anak tu tak boleh dinasabkan Ali sebab anak tu hasil hubungan tanpa ikatan yang halal iaitu pernikahan.
Malah, wanita itu menasihatkan orang ramai agar berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu yang boleh membawa kesan buruk pada masa depan.
Kepada kalian di luar sana, janganlah sesekali terlanjur. Fikir nasib anak yang akan dilahirkan tu.
Kasihan tak boleh dinasabkan sesiapa atas sebab sifat pentingkan diri sendiri dan nafsu.
Sumber: Threads