berita

‘Fikry Ibrahim, Sila Hadam Ini! Yang Kau Terasa Kenapa?’ – ‘Berperang’ Dengan Pelakon, Ini Jawapan Michael Ang

August 10th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini, nama pelakon terkenal Fikry Ibrahim menjadi bualan hangat di media sosial selepas tercetusnya satu isu yang melibatkan dirinya bersama seorang pengarah dan penerbit terkenal iaitu Michael Ang. Berikutan daripada isu itu, Fikry telah menjelaskan mengenai isu berkenaan menerusi temubual bersama Melodi.

Bukan itu sahaja, Michael Ang turut membuka mulut menceritakan perkara sebenar yang berlaku antara dia dan pelakon terkenal itu menerusi satu video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya.

Temubual Fikry di Melodi

Menerusi temubual bersama Melodi, Fikry memaklumkan isu ini bermula apabila pengarah terbabit, Michael Ang menawarkan satu projek kepadanya. Tetapi pada masa yang sama Fikry mempunyai komitmen lain yang sudah dipersetujui dari awal.

Cerita dia bermula apabila dia ada offer saya satu job ni. Saya ada cakap dekat dia, saya dah ada satu date dengan production lain, saya nak mintak dia double check dengan production tu kalau okay, confirm dengan manager saya. Harga nya berapa, date nya bila. Saya tak nak clash, saya tak nak saya susahkan kerja orang lain. Jadi, dia dah contact dengan production tu, dia main agak-agak. Saya cakap agak-agak tak boleh.

Tambah Fikry lagi, dia ada juga menunggu pengarah tersebut menghubungi pengurusnya untuk membincangkan soal projek berkenaan tetapi sayangnya tiada sebarang mesej atau perbincangan yang dilakukan. Lebih mengejutkan Fikry apabila dia dimasukkan dalam group Whatsaap produksi itu seolah-olah dia sudah bersetuju dengan projek diberikan sedangkan pihak pengurusan Fikry tidak memberikan apa-apa persetujuan.

Difahamkan, Fikry juga telah menghubungi pengarah berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan diterima. Menurut Fikry, apa yang paling tidak boleh diterima apabila pengarah terbabit ada memerlinya di dalam satu video. Walaupun tidak menyebut nama, Fikry tahu video tersebut memang ditujukan buatnya.

Michael Ang buka mulut

 

View this post on Instagram

 

@fikryibrahim Sila hadam Ini! @meloditv3 boleh guna ni untuk response i! Semua org tahu Kalau aku nak sembur org aku akan mention nama tak ada maknanya aku nak sembunyj! Oh yes satu lagi lupa cakap dari mula nama mu tak ada pun list Pelakon yang I nak. Station yg nak walaupun i dah cakap kalau boleh i tak nak guna u selepas mengenali perangai u masa shoot Rahsia Hati Perempuan and tahu apa u buat kat set Akasia. Tapi station nak sgt I offer u. Kalau ikut logic bila u tak boleh buat I should be happy! Sekian terima kasih and pada 2 -3 org yg dm aku nak defend idola u all Sila tgk video ni and hadamkan jugak! Luv u all stay safe. FOOTNOTE : KAU ORG NI PUN NAK KOMEN SILA TAHU FACTS YA! POSTING AKU NI MEMBALAS APA ORG MULAKAN DULU NYA. BAGI AKU THIS ISSUE IS NOTHING JUST DEFENDING MYSELF!

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on


Susulan daripada isu berkenaan, Michael Ang telah menjawab dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Mengulas lanjut mengenai  isu ‘memerli’ Fikry Ibrahim, Michael memaklumkan dia langsung tidak menyebut nama Fikry dan dia langsung tidak sangka pelakon itu akan terasa.

Ala Fikry kau tak payah lah nak mukmin-mukmin, cakap je nama aku. Aku kan orang tu? Memang aku pun. Yang kau terasa aku cakap virus FI tu kau ke? Kau baca lah dekat bawah tu, ada ke orang teka kau. Tak ada satu pun teka kau. Semua teka freaking idiot, f***ing idiot. maksud aku freaking idiot. Yang kau terasa kenapa?

Menurut Michael, dia mengakui ada menawarkan satu projek kepada Fikry Ibrahim dan pada ketika itu Fikry hanya memberitahu bahawa dia ada membuat program lain sebanyak 13 episod dan mengambil masa lebih kurang 10 hari sahaja. Tetapi tidak lama selepas itu, Fikry memaklumkan projek bersama produksi lain itu ingin menambah episod daripada 13 kepada 26 episod serta akan membesarkan wataknya.

Michael telah menghubungi produksi berkenaan untuk mendapatkan jadual tetapi mereka memaklumkan akan adjust dan menguruskan hal tersebut. Jadi, Michael menyangka semuanya akan okay. Menceritakan kisah itu, Michael mendakwa dia tidak pernah memburukkan Fikry Ibrahim sebaliknya hanya memberitahu stesen televisyen kemungkinan kerana komitmen daripada produksi tersebut membuatkan dia menolak projek yang ditawarkan.

Sumber: Melodi, Michael Ang

SKIP THIS AD ×