berita

Filem Aksi Paling Ganas, “The Raid : Redemption”

August 20th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

“The Raid” merupakan sebuah filem terbaru yang diterbitkan oleh PT. Merantau Films dan kini telah pun menembusi pasaran Amerika Syarikat dengan kerjasama Sony Pictures.

Untuk pasaran antarabangsa, filem telah ditambah tajuknya menjadi “The Raid : Redemption”. Ura-ura mengatakan filem ini bakal muncul dengan filem sekuel walaupun ianya masih belum dilancarkan lagi.

Filem ini berkisarkan tentang kumpulan SWAT yang menyerbu sebuah apartment tinggal yang menjadi lokasi operasi dan tempat tinggal raja dadah bernama Tama. Selain Tama, konco-konco beliau yang juga terlibat dalam jenayahnya turut tinggal dilokasi yang sama.

Lokasi Tama tinggal ini dikatakan tempat yang sangat digeruni oleh sesiapa pun. Mana-mana pihak berkuasa pun tidak berani menyerbu tempat ini. Namun sekumpulan SWAT mengambil risiko dan kumpulan yang menjalankan operasi menyerbu ini tersekat di Tingkat 6 tanpa sebarang komunikasi dan mula diserang. Apakah yang akan terjadi pada mereka? Mereka perlu berikhtiar untuk terus hidup dan menghabiskan misi.

Filem ini akan ditayangkan pada 20 September ini di seluruh pawagam tempatan. Mari tonton trailer filem “The Raid : Redemption” yang ganas selepas ini!