Filem Anwar: The Untold Story yang bakal ditayangkan di Malaysia tidak lama lagi mengangkat kisah sebenar antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
‘Ketika itu keadaan sangat tidak menyenangkan’
Anwar yang menonton filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi memberitahu walaupun keseluruhan dialog dan penceritaan tidak 100 peratus tepat, namun isu yang dibangkitkan dalam karya berkenaan merupakan kejadian sebenar yang berlaku.
Sementara menurut Viva, pihak produksi berdepan dengan pelbagai cabaran sepanjang pembikinan filem ini. Malah mereka terpaksa melakukan penggambaran secara senyap-senyap kerana bimbang
Ketika itu keadaan sangat tidak menyenangkan. Kami terpaksa sembunyi-sembunyi. Jadi, kami minta maaf kalau ada yang terkurang. Kami membuat filem ini kerana bersimpati dengan perjuangan Pak Anwar. Kami membuat filem ini dengan sangat berhati-hati.
Pelakon utama, Farid Kamil meluahkan rasa syukur kerana akhirnya filem Anwar: The Untold Story dapat ditayangkan.
Saya dapat rasakan kepayahan dan kesusahan ketika kami semua bersetuju untuk memulakan penggambaran. Pembikinan filem ini pada ketika itu tidak mendapat restu.
Saya pun terpaksa menyembunyikan pemergian saya ke Indonesia sehingga filem ini tamat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Pulangnya saya ke Malaysia pada ketika itu membawa perasaan yang lega.
Filem Anwar: The Untold Story terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan DMY Creation selaku pengedar rasmi.