berita

Filem ARWAH TUMBAL NYAI: PART NYAI Sure Buat Korang Meremang! Nak-Nak Scene Ritual Kuno Tu.

April 5th, 2019 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Nampaknya industri filem seram Asia Tenggara makin rancak pulak. Makin banyak filem genre seram masuk panggung. Kalau sebelum ni kita semua dihantui dengan filem Pengabdi Setan, sekarang ada lagi satu movie yang bakal terjah panggung kita tak lama lagi.

Tengok trailer pun dah nampak seram wei!

Lakonan Ayu Ting Ting & Dewi Persik memang tiptop guys!

Lakonan Ayu Ting Ting memang admin puji. Mana taknya, Ayu ni kan penyanyi dangdut, tak sangka pulak lakonan Ayu setanding dengan pelakon hebat yang lain. Penyanyi lagu Sambalado berjaya buktikan bahawa dirinya memang layak dipilih untuk membintangi Arwah Nyai Tumbal: Part Nyai. Nak tahu Ayu Ting Ting jadi apa? Kena la tengok nanti!

Filem seram Arwah Nyai Tumbal: Part Nyai mengetengahkan pelakon handalan seperti Raffi Ahmad dan Dewi Persik. Kalau selalu Dewi Persik membawakan watak seksi tapi kali ini tak ye. Ada aura yang berbeza dibawa oleh Dewi Persik kali ni.

Sarat dengan babak suspend, tak sempak tarik nafas!

Kalau korang nak tahu, setiap babak seram dekat dalam movie ni memang buat korang tak senang duduk. Tambah-tambah masa nenek mula nyanyi dan seru ‘benda’ tu. Tak nak spoil kan mood korang untuk tonton movie ni, admin share sikit sinopsis Arwah Nyai Tumbal: Part Nyai. 

Bukan spoiler! Ini sedikit sebanyak pasal filem Arwah Nyai Tumbal: Part Nyai

Filem ini tentang Rosmalina, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak berusia 10 tahun, Nayla. Mereka tinggal bersama Naroh. Satu hari Naroh meninggal dunia dalam pangkuan Rosmalina dan sejak malam tu Rosmalina dan Nayla sering diganggu oleh sesuatu.

Apa yang lebih mengerikan, Nayla tak mahu berpindah dari rumah tersebut. Jadi, Reno (kawan Rosmalina) offer Rosmalina dan Nayla untuk tinggal sementara bersamanya.

Gangguan tu tak stop walaupun mereka dah keluar dari situ. Macam ada sesuatu mengekori jejak mereka. Reno yang tak tahan dengan keadaan tu, terus ajak Rosmalina untuk mencari jalan penyelesaian kepada gangguan yang mereka alami. Rupanya ada perjanjian yang telah dilakukan dan ada nyawa yang perlu dikorbankan.

Seram kan? So kalau korang nak tahu perjanjian apa yang dah dimeterai, nyawa siapa yang akan dituntut dan kenapa Nayla begitu attached dengan rumah arwah Naroh, korang wajib tonton filem Arwah Nyai Tumbal: Part Nyai ni. Bagi admin, bab perjanjian kuno antara manusia dan setan tu la yang paling menarik.

Jadi, apa lagi yang korang tunggu. Jom pakat serbu panggung wayang pada 11 April ini untuk tonton filem Arwah Nyai Tumbal: Part Nyai.

SKIP THIS AD ×