berita

Filem Bahasa Cina, No More Bets Dah Kutip RM10 Juta Sejak Ditayang 7 September

September 19th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

filem no more bets

Filem No More Bets mencipta sejarah apabila menjadi filem berbahasa Cina pertama yang mendapat kutipan RM10 juta sejak ditayangkan 7 September lalu.

Artikel Berkaitan: Terima Respon Positif Termasuk Ahli Politik, Yusof Haslam Yakin Mat Kilau Kutip Lebih RM100 Juta

Filem bahasa Cina

No More Bets

Menampilkan pelakon handalan seperti Lay Zhang, Gina Jin, Yong Mei dan Eric Wang, film arahan Ao Shen ini juga menjadi filem berbahasa Cina yang paling banyak ditonton serta pantas mencecah kutipan tertinggi.

No More Bets mengisahkan dua individu yang terperangkap dalam skim penipuan dalam talian era digital sehingga mereka dipergunakan dan dipaksa untuk menjalankan aktiviti jenayah siber yang berleluasa.

Malah, hasil penipuan tersebut, seorang mangsa hampir membunuh diri dan menyebabkan polis mula menyiasat dalang di sebalik jenayah siber yang menyebabkan ramai individu kerugian jutaan ringgit.

Jenayah siber

filem bahasa cina

Diterbitkan oleh Dirty Monkeys, No More Bets diharap mampu memberi iktibar dan manfaat terutama kepada mereka yang terdedah serta mudah ditipu oleh skim jenayah siber.

Malah No More Bets bukan sekadar sebuah filem tetapi satu manifestasi tanggungjawab sosial, mengingatkan penonton untuk terus berwaspada dan menjauhi bahaya penipuan dalam talian.

Kejayaan filem ini telah mengatasi kutipan pecah panggung sebelum ini dan satu medium sosial yang positif, menggalakkan penonton untuk berani menghadapi cabaran keselamatan siber.

Filem No More Bets diedarkan oleh Megafilms Distribution dan kini berada di pawagam seluruh negara.

SKIP THIS AD ×