berita

Filem ‘Me Before You’ Bakal Bikin Korang Nangis Di Pawagam Mulai 2 Jun Ini!

May 20th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

me bfore u

Siapa kat sini pernah membaca novel karya Jojo Moyes bejudul ‘Me Before You‘?. Jika korang dah baca novel ni, mesti korang sedia maklum bahawa setiap pengisian jalan cerita romantis ini bakal mengundang rasa sebak dan sayu dalam hati korang tu. Well, tak lengkap rasanya kalau hanya dah baca novel je kalau tak menonton filem ‘Me Before You‘ yang akan mula ditayangkan mulai 2 Jun ini.

Buat pengetahuan korang, filem ini dibintangi oleh pelakon utamanya Emilia Clarke dan Sam Claflin. Malah, beberapa pelakon meletop lain seperti Janet McTeer, Charles Dance, Brendan Coyle, Stephen Peacocke, Matthew Lewis, Jenna Coleman, Samantha Spiro, Vanessa Kirby dan Ben Lloyd-Hughes.

Screen Shot 2016-05-19 at 12.23.45 PM

Kadang-kala cinta akan datang pada masa yang tidak dijangka dan ia juga akan membawa anda pergi ke mana jua. Demikianlah yang terjadi di antara watak Louisa Clark dan Will Traynor.

Louisa diberhentikan kerja sebagai waitress dan kemudian bekerja sebagai penjaga kepada Will Traynor, seorang jejaka kaya yang lumpuh akibat kemalangan. Selepas kemalangan tragik itu, Will Traynor seakan-akan hilang arah hidup dan memencilkan diri.

Nak tahu apa jadi lepas tu? Ha… Jom tengok ‘Me Before You‘ di pawagam berdekatan anda mulai 2 Jun ini. Pasti ia akan jadi filem yang akan membuatkan air mata anda mencurah-curah bagaikan air terjun. Lagi-lagi kalau tengok dengan soulmate masing-masing. Jangan lupa bawa tisu ok?

Fall in love with the story of Will Traynor and Louisa Clark. Check out the new trailer for #MeBeforeYouMY and #LiveBoldly on June 2nd.

Posted by Warner Bros. Pictures on 12hb Mei 2016

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×