berita

Filem Bunohan Tawan 3 Anugerah Cipta FFM25

February 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Bunohan Premiere_Cast and Director Dain said 03

Malam semalam telah berlangsungnya malam “Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 25 (FFM25)” bertempat di [email protected], Mutiara Damansara, Petaling Jaya Selangor.

Majlis yang berlangsung dengan cukup meriah ini telah mengangkat nama filem Bunohan sebagai filem yang paling banyak menerima anugerah iaitu menerusi kategori Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik serta Skor Muzik Asal Terbaik.

Dalam pada itu, majlis perasmian dan penyampaian trofi ini telah disempurnakan oleh Datuk Joseph Salang selaku Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Secara umumnya, majlis malam Anugerah Cipta FFM25 ini telah menyenaraikan sebanyak 11 kategori, manakala baki untuk 12 kategori lagi bakal diumumkan pada acara kemuncak Anugerah Perdana yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang untuk Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia 25 (FFM25) :

  • Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)
  • Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob)
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen)
  • Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)
  • Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios)
  • Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)
  • Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof)
  • Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)
  • Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy)
  • Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios)
  • Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem)