
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 dan Hari Malaysia, filem Gayong bakal kembali ke layar perak bermula 28 Ogos hingga 17 September ini.
Artikel Berkaitan: Filem Gayong Angkat Warisan Melayu Ke Layar Perak
Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Mula Kurang Lakon Babak Aksi, Syukur Koreografi Filem Gayong Masih Mudah – ‘Saya Ada Dua Tempat Slip Disc’
Gayong 2

Inisiatif ini dianjurkan oleh syarikat produksi SOL Pictures Sdn. Bhd. bersama pengedar Empire Film Solution dengan kerjasama TGV Cinemas.
Menurut Penerbit Eksekutif, Khairul Anuar Latip, tayangan semula ini diadakan bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan melalui sebuah karya yang menekankan nilai perpaduan dan jati diri.
Ketika tayangan sebelum ini, Gayong dapat sambutan cukup menggalakkan. Tapi ramai juga yang terlepas nak menontonnya. Jadi, kami nak buka peluang semula.
Filem ini memang sesuai ditayangkan semula sempena Merdeka dan Hari Malaysia sebab ia mengangkat kisah perjuangan tokoh yang mempertahankan bangsa, agama dan tanah air daripada kerakusan penjajah.
Tambahnya, penonton bakal disajikan dengan versi lebih istimewa iaitu gabungan ‘director’s cut’ dan sentuhan pengkritik filem bagi tayangan kali ini .
Bukan itu sahaja, penonton juga akan berpeluang menyaksikan klip eksklusif daripada filem Gayong 2 yang dijangka akan ditayangkan tahun depan.
Tayangan semula ini akan berlangsung di semua pawagam TGV Cinemas seluruh Malaysia dengan harga tiket yang sangat berpatutan iaitu hanya RM10 sahaja.
Dalam masa sama, Khairul turut menyeru badan kerajaan, institusi pendidikan, NGO dan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik untuk sama-sama menonton Gayong kerana ia menyuntik semangat perpaduan demi memartabatkan bangsa, agama dan negara.
Selain pembelian tiket secara online atau walk-in, tempahan berkumpulan juga boleh dibuat dengan mendapatkan maklumat lanjut di platform media sosial rasmi @filemgayongrasmi.
Filem arahan Faisal Ishak ini diinspirasikan daripada kisah Pengasas Silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR).
Filem Gayong pertama kali ditayangkan pada 5 Mei lalu, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan bintang aksi antarabangsa Yayan Ruhian.






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

