berita

Filem ‘Imaginur’ Buat Fatimah Abu Bakar Terkenang Keadaan Mak

February 22nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar berkongsi mengenai perkembangan tahap kesihatan ibunya, Rohani Tan Abdullah, 89, yang kian lemah ingatan disebabkan faktor usia.

Ibu nampak risau

Saya tahu dia (ibu saya) risau dan takut kadang-kadang ingatannya semakin lama, makin tak kuat.

Menerusi temubual bersama pihak OhBulan! Fatimah, 68, sedar betapa singkatnya kehidupan dan patut diraikan dengan rasa bahagia selagi mempunyai masa.

Mak selalu bergurau I’m always forgetting things (saya sekarang pelupa). Tapi, saya selalu menenangkannya dengan berkata, ‘tak mak, lupa bukan sebab usia, saya pun sama macam mak’.

Bila bercakap mengenai ingatan atau memori, sekarang, dia masih ingat saya. Tapi, selepas ini, apa sahaja mengenai saya dan keluarga, kita tak tahu apa yang dia masih ingat. Apa yang ada sekarang, sangat bersifat sementara dan fragile (rapuh). Memori kita adalah penting macam apa yang dipaparkan dalam filem lakonan saya ‘Imaginur’.

Lupa benda penting

Bercerita mengenai filem ‘Imaginur’, Fatimah memberitahu dia berbangga terlibat dalam filem arahan, Nik Amir Mustapha itu. Ujar Fatimah, filem tersebut mengingatkannya kepada situasi yang berlaku kepada ibunya.

Usia mak akan menginjak 89 tahun September tahun ini. Dia masih kuat. Masih boleh pergi ronda di kompleks beli-belah. Saya lihat perwatakan watak Mior (Mior Hashim Manap) dan Rahim (Datuk Rahim Razali), seperti perwatakan mak saya.

Ingatkan saya pun lebih kurang macam dia. Makin lama, makin lemah. Banyak lupa benda penting. Sedih kadang tengok dia ‘struggle’ nak ingat sesuatu.

Fatimah berkata demikian ketika tayangan perdana filem ‘Imaginur’ di The Starling Mall, Isnin lalu.

Filem Imaginur akan ditayangkan bermula 23 Februari dan membariskan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Diana Danielle, Nadiya Nisaa, Mior, Datuk Rahim Razali dan Datuk Afdlin Shauki.

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×