berita

Filem “Istanbul Aku Datang” Kutip RM1.8 Juta Selepas Seminggu Tayangan

November 16th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Tahniah! Selepas seminggu ditayangkan di pawagam, filem “Istanbul Aku Datang” arahan Bernard Chauly telah berjaya mengutip hampir RM1.8 juta. Ia merupakan pencapaian hebat selepas tahun ini yang banyak melihat filem-filem lawak seperti Adnan Sempit 2 (RM6.82 juta), Mael Lambong (RM4.88 juta), Hantu Gangster (RM3.45 juta), dan juga Hantu Kapcai (RM3.19 juta) memegang tempat kutipan tertinggi. (via FINAS)

Berlatarbelakangkan Istanbul di Turki, filem lakonan Lisa Surihani, Beto Qusyairy dan Tomok ini telah berjaya mencuri hati ramai penonton dan rata-rata komen yang diberikan semuanya adalah positif. Tidak kurang juga ada yang sudah menonton 2 kali.

Menurut komen seorang pengkritik filem, Syazwan Zakariah (@Syazwanzakariah) melalui akaun Twitter Grand Brilliance (@GrandBrilliance), beliau membayangkan filem ini sebagai sebuah cerita yang menarik dan tak jemu walaupun ditonton berulang kali.

Menerusi akaun Twitter Grand Brilliance juga, filem “Istanbul Aku Datang” telah mencatat rekod tersendiri apabila menjadi “trending topic” sebanyak 3 kali.

Lupakan sebentar bahawa Tomok adalah seorang penyanyi. Bagi OHBULAN!, Tomok berjaya membawa watak yang diberikan walaupun ini hanyalah filem lakonannya yang kedua.

Menarik bukan? Jadi, anda pula macam mana? Sudah menonton filem ini atau belum? Untuk anda yang tidak sukakan filem buatan Malaysia atau segan untuk menonton filem cinta, cubalah tonton filem ini kerana OHBULAN! yakin, anda pasti tidak akan kecewa. Oh ya, sampai bila mahu simpan pemikiran kolot bahawa filem Melayu tidak menarik?

Filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam dan cepat tonton sebelum anda ketinggalan ya! Masih tak tertarik? Mari baca review ringkas OHBULAN! mengenai filem “Istanbul Aku Datang” disini.

SKIP THIS AD ×